Resipi Budu Goreng Turun-temurun

Resipi Budu Goreng (Turun-temurun).Resipi asal: Remlah Daud (Nenek)
Olahan: Rahimah Mustafa (Mama)
Masa penyediaan: 30-40 minit.
(Video yang disertakan dibawah adalah untuk rujukan).



Bahan-bahan:
6 batang serai**
10-12 ulas bawang merah*
5-6 ulas bawang putih*
2 inci halia**
20-30 tangkai cili*
4 botol budu
8 biji telur
4-5 biji asam limau nipis (perah airnya)
2 cawan minyak untuk menumis
*Tumbuk lumat serai dan halia dan tumbuk manja bahan-bahan lain yang bertanda (*).
Cara-caranya:
1) Panaskan minyak. Bila dah betul-betul panas, masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
2) Tumis bahan-bahan tadi sehingga betul-betul masak (refer pada bahagian Tips no. 2).
3) Masukkan budu. Tuang semua. Masukkan air. Ma biasanya isi penuh semua botol budu dengan air dan tuang dalam kuali tumis tadi. Langkah ini akan kurangkan rasa masin budu.
4) Kacau sehingga mendidih.
5) Pecahkan telur dan kacau sehingga nampak telur jadi macam 'scramble egg'.
6) Jika puan-puan menggunakan perasa tambahan (ajinomoto), boleh masukkannya ketika ini.
7) Masak lagi sehingga mendidih dan warnanya menjadi lebih gelap.
8) Masukkan air perahan asam limau nipis dan kacau rata.
9) Masak sehingga kering dan tutup api.
Tips:
1) Soalan: Kenapa Mama tak blend je bahan-bahan tu?
Jawapan: Mama lebih suka guna lesung berbanding blender. Dia punya rasa (texture) pun lain. Lagipun blender kena pakai air. Boleh guna blender kering jika mahu.
2) Soalan: Macam mana nak tahu bahan tumis dah betul-betul masak?
Jawapan: Bila kita angkat sudip, bahan tumis dah tak melekat dekat permukaan sudip.
3) Soalan: Kenapa nak kena betul-betul garing bahan tumisnya?
Jawapan: Nak bagi tahan lama.
** Budu goreng boleh disimpan selama seminggu hingga dua minggu pada suhu bilik. Untuk bagi tahan lebih lama, boleh dismpan di dalam peti. Budu goreng sedap dimakan dengan nasi putih panas, berserta dengan lauk lain atau ulam-ulaman.
Nasi putih panas + budu goreng + ikan rebus goreng = perfect ðŸ˜€ðŸ˜€
Selamat mencuba ðŸ˜‰
Kredit: Tuan Azlin

Catat Ulasan

0 Ulasan