RAHSIA KELIM KARIPAP TAK TERBUKA SIAP PAKEJ KULIT KARIPAP RANGUP DILUAR LEMBUT KAT DALAM
Fuhhhhhh, panjang nyer tajuk resepi Kak Zaza!
Lantak lah
Lantak lah
Korang pernah tak alami kelim karipap terbuka taim menggoreng tu? Adusssss, habis inti dalam keluar kan? Hancur hati mak!
Ni haa Kak Zaza nak share tips kelim karipap tak terbuka, terbuka pun taim korang ngap jer.
Sebelum kelim, korang sapu bahagian kelim tu dengan air masak atau telur. InsyaAllah tak terbuka lagi dahhhh.
Okey, ni alang alang dah share pasal kelim kulit karipap, Kak Zaza share skali cara buat kulit karipap yang rangup di luar lembut di dalam.
Bahan-bahan :
🌮 4 cawan tepung gandum
🌮 Secubit garam
🌮 ½ cawan minyak, panaskan (ketepikan bagi sejuk)
🌮 2 sudi makan majerin (cairkan)
🌮 ¾ cawan air sejuk
🌮 Secubit garam
🌮 ½ cawan minyak, panaskan (ketepikan bagi sejuk)
🌮 2 sudi makan majerin (cairkan)
🌮 ¾ cawan air sejuk
Cara nya :
🌮 Tuangkan minyak dan majerin ke dalam tepung, gaul dengan sudu atau garfu
🌮 Masukkan air sejuk
🌮 Uli hingga jadi doh
🌮 Rehatkan kejap
🌮 Canai dan masuk inti
🌮 Panaskan minyak, pastikan betul betul panas baru goreng karipap.
🌮 Masukkan air sejuk
🌮 Uli hingga jadi doh
🌮 Rehatkan kejap
🌮 Canai dan masuk inti
🌮 Panaskan minyak, pastikan betul betul panas baru goreng karipap.
Minyak masak yang dipanaskan tu lah yang buat kulit karipap korang rangup diluar dan lembut kat dalam.
Silak #share ye, dibenarkan korang nak share.
sumber:
0 Ulasan