3 RESEPI SPAGETTI YANG SIHAT DAN LAZAT YANG HARUS ANDA CUBA

 3 RESEPI SPAGETTI YANG SIHAT DAN LAZAT YANG HARUS ANDA CUBA

SPAGHETTI DAGING CINCANG..


3 RESEPI SPAGETTI YANG SIHAT DAN LAZAT YANG HARUS ANDA CUBA

BAHAN-BAHANNYA 

100 gram spaghetti yang belum direbus

80 gram daging cincang (nak guna daging ayam pun boleh)

1 biji bawang holland, dadu kecik

2 ulas bawang putih, cincang halus

1/4 biji traffic light capsicum, didadu

5 biji black olive

5 biji green olive

Cincangan daun parsley secukupnya

3/4 camca besar pes tomato

1 camca besar sos cili

Garam jika perlu

Minyak zaitun untuk menumis


CARA MEMBUATNYA 

Rebus spaghetti hingga lembut atau mengikut arahan pada bungkusan. Tambah juga garam dalam air rebusan tadi. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun, simpan 1/2 cawan air rebusan spaghetti tadi. Ketepikan.

Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan pes tomato dan sos cili. Masak sekejap, tambah daging cincang, kacau rata, biar daging kecut dan masukkan air rebusan spaghetti tadi. Masak hingga pekat.

Tambah trafficlight capsicum dan black/green olive. Masuk spaghetti dan gaul rata2. Tambah garam jika perlu dan masukkan cincangan parsley. Gaul lagi dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.


SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM



BAHAN-BAHANNYA 

200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan

6 biji black olive

6 biji green olive

15 biji jeruk capers

1 keping dada ayam, didadu*

2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*

1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)

1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam

1 biji bawang holland, didadu

3 ulas bawang putih, cincang halus

4 biji cili padi thai merah, cincang halus

Garam secukup rasa

Parsley, dicincang untuk hiasan

Minyak zaitun untuk menumis


CARA MEMBUATNYA 🙂

Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap.

Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan..



SPAGHETTI ALA MI GORENG...



BAHAN-BAHANNYA 

100 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut dan gaul dengan minyak

2 camca besar sambal tumis

1 camca besar sos tomato

1 camca besar kicap pekat

1/2 camca besar kicap manis

1 biji tomato saiz kecil, belah 6

1 genggam taugeh

1/2 cekak kucai, kerat pendek

1 keping tauhu saiz kecil, dipotong kiub

3 biji bawang merah, hiris

2 ulas bawang putih, cincang halus

1 genggam isi udang

1 biji telur, dipukul sedikit

1/2 cawan air rebusan spaghetti

Sos ikan jika perlu (boleh ganti dengan kicap cair)


CARA MEMBUATNYA 

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan sos tomato. Kacau rata, masuk udang dan masak hingga udang berubah warna. Tambah kicap pekat dan kicap manis, kacau dan masukkan tauhu, gaul rata dan masak sekejap.

Masukkan spaghetti dan gaul rata, tolak ke tepi kuali, dan masukkan telur, biar telur sedikit mengeras dan gaul rata dengan spaghetti tadi. Tambah kucai, tomato dan taugeh. Kacau hingga rata.

Tambah sedikit air rebusan jika anda suka berkuah. Masak sekejap dan rasa, jika perlu baru tambah sos ikan secukup rasa. Matikan api dan hidangkan segera. Sedap dimakan panas bersama timun dan sos cili, kalau nak makan dengan cili hijau jeruk pun ok....Selamat mencuba!!.



SPAGETTI ALA MAMAK



BAHAN-BAHANNYA 

70 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut dan toskan

6 - 7 ekor udang saiz sederhana,

3 batang crab stick

1/3 cawan hirisan daging 



1 camca besar sambal tumis

1/2 camca teh rempah kari

1 camca teh sos tomato

Kicap cair secukup rasa

1/2 biji bawang besar, didadu

2 ulas bawang putih, cincang halus

1/2 kiub pati ayam

Sedikit air

Sedikit gula


CARA MEMBUATNYA 🙂

Udang dikupas kulitnya, buang urat belakang, cuci dan tos. Jejari ketam dikerat2 pendek dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan jenis mungkum). Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.

Masukkan sambal tumis dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap. Tambah rempah kari, kacau rata dan masak hingga harum, gunakan api kecil. Tuang sedikit air, kacau dan masukkan udang, hirisan daging ayam dan kiub pati ayam. Kacau dan biar mendidih dan pekat.

Masukkan crab stick, sedikit gula. Kacau rata dan

 tambah spaghetti, gaul hingga mesra. Rasa sedikit dan jika ok boleh matikan api. Hias ikut kreativiti anda dan hidangkan

sumber:dari pelbagai sumber

Catat Ulasan

0 Ulasan