RESEPI TALAM BERLAUK BERINTI DAGING KISAR ,KUIH MELAYU ZAMAN BERZAMAN
TALAM BERLAUK ADALAH SEJENIS KUIH MELAYU TRADISIONAL SEJAK ZAMAN BERZAMAN.
BAHAN INTI :
❤️ DAGING KISAR 1KPG
❤️ KENTANG 2 BIJI * DI POTONG DADU KECIL2
❤️ BAWANG HOLAND 1 BIJI * DI POTONG DADU
❤️ BAWANG PUTIH 2 ULAS * DI TUMBUK HALUS
❤️ REMPAH KARI 2 SUDU BESAR
❤️ REMPAH RATUS YANG DI BLEND HALUS 1 SUDU BESAR ( KETUMBAR & JINTAN MANIS DI SANGAI )
❤️ GARAM & MAGGI CUKUP RASA SECUKUPNYA
❤️ SERBUK LADA SULAH
❤️ BAWANG GORENG @ DAUN SUP @ LADA MERAH ( UNTUK HIASAN)
CARA :
1 . TUMIS BAWANG HOLAND & BAWANG PUTIH HINGGA NAIK BAU .
2 . MASUKKAN SEDIKIT AIR , REMPAH KARI & REMPAH RATUS .
3 . MASUKKAN KENTANG & DAGING KISAR .
4 . BOH GARAM & MAGGI CUKUP RASA .
5 . MASAK HINGGA KENTANG EMPUK & INTI KERING .
6 . TABURKAN SEDIKIT LADA SULAH , GAUL SEBATI .
7 . SEJUKKAN , KEMUDIAN TABURKAN SEDIKIT DAUN SUP , BAWANG GORENG & LADA MERAH YANG DI HIRIS .
BAHAN TALAM :
❤️ TEPUNG GANDUM 1 MANGKUK TAUFA KOD R12
❤️ TEPUNG JAGUNG 3 SUDU BESAR
❤️ TELUR 1 BIJI
❤️ SEDIKIT GARAM
❤️ SANTAN 3 MANGKUK TAUFA KOD R12
CARA :
1 . SATUKAN SEMUA BAHAN DALAM KUALI ... WHISK SEBATI BARU HIDUPKAN API .
2 . MASAK HINGGA ADUNAN PEKAT .
3 . PANASKAN AIR KUKUSAN.
4 . OLES ACUAN LOMPANG DENGAN MINYAK .
5 . CEDOK SEDIKIT ADUNAN TALAM ISI.DLM ACUAN KEMUDIAN ISI INTI ..TEKAN SEDIKIT INTI AGAR TAK TERABUR ... KEMUDIAN KUKUS DALAM 15 MINIT @ 20 MINIT .
6 . BUKA PENUTUP KUKUS ... LETAK BAHAN HIASAN ... KUKUS LAGI 3 MINIT .
7 . PENUTUP KUKUS DI BALUT DENGAN KAIN YER ...KANG TALAM JADI KOLAM PULAK
8 . TUNGGU SEJUK BARU KELUARKAN DARI ACUAN .
*** 1 ADUNAN DAPAT LEBIH KURANG 35 BIJI ...
SELAMAT MENCUBA
BY ANGAH NORSIAH
0 Ulasan