Kek Span Basuh Pinggan (Sponge dish cake)Resepi Di Sediakan
Kek Span Basuh Pinggan (Sponge dish cake)
Bahan2
2 biji telur A
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalet
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayakkan)
1/2 cawan butter/marjerin suam yang dicairkan (cairkan butter pastu sukat 1/2 cawan)
Cara membuatnya:
Pukul guna mixer semua bahan kat atas kecuali butter cair. pukul adunan sampai kembang & jadi warna putih.
Lepas adunan dah kembang, masukkan butter cair & mix slow sekejap je sampai sebati.
Bahagikan adunan untuk warna hijau & kuning. pastikan adunan kuning lagi banyak dari adunan hijau.
Bakar suhu 150c 40 minit. keluarkan adunan hijau selepas 30 minit. cucuk dulu ngan lidi nak tahu masak ke tak. teruskan bakar adunan kuning sampai masak. suhu & masa bergantung pada oven masing2 jugak
Sejukkan kek atas redai. potong kek ikut saiz & ketebalan yang kita nak.
Sapu sedikit madu atas kek kuning utk lekatkan bersama kek hijau.
Kredit Sajid Al Hafiz
0 Ulasan