Resepi Kuih Cara Berlauk Daging Kisar Ramly Burger

Resepi Kuih Cara Berlauk Daging Kisar Ramly Burger
Kuih Cara adalah kuih tradisi rakyat Terengganu.
Ianya juga juga kuih wajib ketika berbuka puasa

1. Bahan-bahan inti daging

• 100gm daging cincang ( saya pakai daging kisar ramly)
• 1/2 biji bawang holland dipotong dadu
• 3 ulas bawang putih dipotong dadu
• 1 sb rempah kari daging dibancuh dengan 3 sb air panas
• daun sup
• gula dan garam secukupnya


Cara-cara
• tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak
• dah pecah minyak masukkan daging , daun sup , gula dan garam
• masak sehingga daging kering

2. Bahan-bahan untuk kuih cara
• 2 1/2 cawan tepung gandum
• 1 biji telur
• 1 cawan santan
• 1 cawan air
• 1 sb kunyit atau sedikit pewarna kuning
• garam

Cara-cara
• satukan semua bahan dan belender je..
• sapu minyak pada acuan dan panaskan atas api kecil
• bila acuan dah panas tuangkan adunan kuih cara
• kemudian letak daging , daun sup / daun bawang dan cili
• masak atas api kecil. Tutup acuan kuih tu ye., Cucuk lidi , kalau tak melekat dikira sudah masak

kredit: norkhomariah norrohman

Catat Ulasan

0 Ulasan