AYAM GORENG BEREMPAH CARA MEKZA INILAH RESEPINYA

AYAM GORENG BEREMPAH CARA MEKZA INILAH RESEPINYA
BAHAN: 




1/2 -1 ekor ayam potong (12-14)
7-10 btg serai (potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4biji bawang merah (kisar)
3ulas bawang putih (kisar)
2-3 sdb Chili flake 

2sdb jintan manis (sangai dan kisar kasar)
2sdb jintan putih (sangai dan kisar kasar)
1sdb ketumbar (sangai dan kisar kasar)
1-2sdb tepung beras @ tepung jagung (mana2 sahaja)

1-2 inci Halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kiub pati ayam @ garam
Serbuk kunyit
(kali ni saya tak letak lengkuas macam biasa yang saya buat)



Cara:
Kisar semua bahan yang perlu dikisar, satukan semua bahan diatas dan gaul bersama ayam. 

Perap dalam 1/2 jam ..(kalau nak cepat tak  payah perap pun tak pe) ..goreng dengan api yang kuat, minyak yg penuh. 

Minit last perlahankan api..warna dah menarik boleh lah diangkat. Ni cara mekza ye....kalau nak ikut..ikutlah...taknak ikut pun takpe..ikut cara masing2
Kredit Resepi : tengku roselyza raja muhammad

Catat Ulasan

0 Ulasan