AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG..RAMAI DAH MULA RINDU MASAKAN MAMAK
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam (1.7kg - 1.6kg) dipotong 16 .
Masukan serbuk kunyit 1 sudu kecil dan garam 1
sudu kecil. Gaulkan rata dan goreng sehingga
separuh masak.
- 3 Biji bawang besar (dikisar halus). Kisaran 1:1
dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang
merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya
anda tidak mahu kuah anda boleh kurang jumlah
bawang merah.
Kegunaan bawang merah dalam
masakan resipi nasi kandar adalah digunakan sebagai
kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar
pekat.
- 1 biji bawang besar dihiris halus untuk menumis.
- 1 sudu besar Pes Bawang Putih dan Halia. Harap
anda telah mahir dalam penyediaan pes bawang putih
dan Halia ini.
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
- 3 sudu besar kicap pekat. (kicap ini ada beberapa
jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap
pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda
gunakan kicap Mee Yakin.
Ia punyai rasa dan
kemasinan yang sederhana). Kehitaman masakan
terpulang pada cita rasa anda. Kalau ingin gelap
gunakan kicap 'kramel' untuk elak kemasinan kicap
pekat biasa.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 1 sudu besar sos cili.
- 1 sudu kecil air limau nipis.
- 1 sudu kecil serbuk Jintan manis.
- 1 sudu kecil serbuk Jintan putih.
- 1/2 sudu kecil serbuk kas-kas ( dikecualikan).
- 1 sudu besar serbuk cili ( boleh kurangkan
mengikut kepedasan anda ingin).
2 sudu besar rempah kari Daging.
1/2 sudu kecil garam masala.
3 kuntum bunga lawang, 1 inci kulit kayu manis, buah
pelaga 3.
1 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan serai yang telah
diketuk, serdehanakan api dapur dan tumiskan bunga
lawang, kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik
baunya, masukkan hirisan bawang. Goreng sehingga
bertukar warna keemasan. kecilkan api, masukan pes
bawang putih halia sehingga baunya naik. Masukkan
serbuk, jintan putih, manis, serbuk kari, serbuk cili.
segera masukkan kisaran bawang. sedehanakan api
dapur dan gaulkan semua rempah serata, barkan ia
mendidih.
2. Masukan sos cili, tiram, kicap, serbuk lada hitam.
Masukan potongan ayam yang telah goreng separuh
masak. Kecilkan api dan biarkan di reneh selama 20
minit - 25 minit untuk separuh lagi isi ayam masak.
Biasanya daging ayam yang telah masak boleh
tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat
mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya. masa
inilah anda tentukan kepekatan kuah yang anda
inginkan.
3. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang
digunakan biasanya mempunyai kemasinan yang
berlainan mengikut pembuat. Sekiranya kurang masin
tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda
boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk
mengurangkan kemasinan itu.
4. Tutup api dapur dan masukan perahan air limau 1
tsp . Keluarkan masakan dan hidang dengan taburkan
bawang goreng. Hidangan telah sedia. Kanak-kanak
amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak
pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.
5. Apabila hidangkan gunakan tiga warna seperti
warna oren - karot. Warna hijau - celery atau pun
daun sup dan daun bawang/ daun pudina. merah -
Cili Merah. Warna unggu - Hirisan bawang bulat.
Selamat mencuba.

0 Ulasan