KUAH LAKSA ANDA TIMBUL ISI IKAN DIATAS?IKUTI TIPSNYA BAGAIMANA JADIKAN KUAH LAKSA SEDAP HINGGA MENGIGAU

KUAH LAKSA ANDA TIMBUL ISI IKAN DIATAS?IKUTI TIPSNYA BAGAIMANA JADIKAN KUAH LAKSA SEDAP HINGGA MENGIGAU

Kuah laksa...nampak memang senang nak buat tapi kalau tak tahu caranya memang tak menjadi.



 Kita ikuti cara membuat kuah laksa supaya sedap dari Puan Shahida

saya buat laksa sat sat ni
Nak tengok ramai dak
Sapa suka makan?
Saya makan laksa dogoi maacam ni ja sebab saya tak suka ulam ulam yang dok atas dia tu..semak


resepi ni saya reka khas untuk hantu hantu laksa.

Ikan paling best ialah ikan temenung/ikan kembung.
Tapi lagi sedap kalau campur ikan termenung sikit+ikan selayang+ tongkol
Atau pun
Ikan temenung + ikan selayang

KUAH LAKSA ANDA TIMBUL ISI IKAN DIATAS? 

itu maknanya ikan tidak dikisar halus sehaLusnya!Klu mesin ikan halus memang tak ada masalah kalau guna penapis mcm ni...ulang mesin banyak kali. Tapis lagi .sampai tinggal tulang sejemput saja. Air kena pandai guna supaya kuah tidak terlalu cair.

** daun kesom
lurutkan daunnya sahaja.batang dibuang. Masukkan daunnya sahaja ke dalam kuah laksa sebab ada batang yang pahit, jadi kuah laksa nanti akan jadi sedikit pahitlah.jadi untuk kebaikan jangan ambil guna batangnya.**

** asam keping atau asam gelugur 
mesti direndam air selama 5 minit bertujuan untuk buang getahnya, jika tidak kuah laksa anda akan jadi kelat atau pahit.**

nie resepi teristimewa dari saya....saper saper yang buat laksa tak pernah jadi cuba buat macam saya!!!

LAKSA
1 kilo ikan termenung direbus 45 minit - 1 jam bersama 1 camca garam dan 8 asam keping.---pastu dikeluarkan ikan rebus tadi dan sejuk kan sekejap. dah ikan d tu agak sejuk sikit KISAR LAH....( buat 2 kali kisaran setiap satu hendaklah dikisar 3 kali iaitu sampai betul betul halus...( nanti time masak, kalau kuah tak cukup masam...tambah lah asam keping tu sikit) bila nk blend sila buang asam keping tadi.

dah sejuk baru blender sampai hancur lumat semuanya ( tk yah asingkan isi ngan tulang) pastikan kandungan air kisaran tidak terlalu banyak sebab nanti kuah jadi cair sangat)...ditapis...sisanya diblend lg..sampai akhirnya sisa cuma tinggal sejemput je...pastikan kuahnya tidak terlalu cair...habiskan air rebusan ikan tadi tu buat kisar ikan. ( pastikan anda mesin ikan ni berkali kali biat hancur halus mulus. baru keluar semua powernya. ( PERHATIAN : klu ikan tak cukup lumat dan halus, nanti kuah laksa anda akan kelihatan isi ikan terapung diatas permukaan kuah)

bawang merah 7 biji-dikisar halusssssss
cabai kering kisar 3 camca besar.( ikut pedas anda)

cara masak

masukkan air tapisan ikan, cili mesin, garam, ajinomoto, bawang kisar,masukkan daun kesom 3 tangkai (lurutkan daun ambil daun sahaja) dan tambahlah asam keping lagi 3 keping..." asam keping mesti dicuci dan rendam dalam 5 minit sebab nak buang getahnya jika tidak kuah laksa akan rasa kelat". Mesti potong buang pulur yang tengah tu..punca kuah pahit adalah di pulurnya.

tambah air 1 gelas jika terlalu pekat

Biar didih agak lama......tambahlah air kalau kuahnya pekat sangat....kemudian masaklah sampai kuahnya pekat....siap

klu suka anda bolelah masukkan nenas 1/2 biji yg dimesin halus dng sedikit air ( pulurnya dibuang) kedlm kuah laksa. lg sedap rasa masam manisnya tu...

LAKSA hendak lah direndam semalaman....esok rebus tak la lama sangat....rebus laksa biar lama n biar betul2 lembut, baru cepat laksa meresap kuah bila time nak makan nanti.....baru la betul2 sedap!!!!

Nanti sediakan potongan cabai Melaka, bawang Besar, nenas,timun, pucuk gajus dan belahan Limau nipis......sebati pelengkap rasa....sedap nikmat tak terkata...lepasnie sure tak mau makan kat kedai dah...cubalah!!.

p/s setiap kali anda memanaskan kuah tambah secawan air...kalau kuah tunggu cukup 12 jam baru dimakan...sedapnya masyaallah....

Perhatikan warna kuah laksa.untuk hasilkan warna tu maka ikan perlulah dimesin lama dan berkali kali sampai hancur mulus.tapisan yang terakhir hanya akan meninggalkan tukang sejemput sahaja.ikan perlu direbus lama untuk memudahkan kita mesin lumat.

sumber:Ida Shahida

Catat Ulasan

1 Ulasan