Serunding Ikan Guna Breadmaker,Tak Payah Kacau Dalam Kuali

Serunding ikan guna breadmaker
mudah, tak payah kacau2 dalam kuali, tengok2 dah siap.buat makan sahur, tak payah beli dah

1kg ikan selayang (ikan apa2 pun boleh)
cili boh 3 sudu makan penuh nak pedas tambah je lagi
bwg merah 7,8 biji *
bwg bsr holland 2 biji *
bwg putih 2 labu*
gula melaka n gula pasir - banyak. sedap klu manis2
garam
santan kara 1 kotak kecik
perasa jika suka
bahan bertanda * blend sekali harung

rebus dulu ikan smpai masak dgn garam n perasa (jika suka).
lepas rebus ikan, sejatkan (tos) ikan semasa masih panas, jgn biar sejuk dlm air rebusan nanti isi ikan hancur n susah nak asingkan dgn tulang.
asingkan isi ikan dgn tulang.

tumbuk isi ikan sampai hancur pakai lesung

cmpak isi ikan yg dah ditumbuk dan semua bahan2 dllm breadmaker.tekan fungsi jam..breadmaker sy fungsi jam 1 jam 20 minit..

lepas siap tu dia berhenti sndri n klu x kering lagi, ulang lagi fungsi yg sama smpai kering.x silap sy ulang smpai 4 kali baru kering cantik.
boleh je guna mana2 resepi serunding yang ada

dapat byk sgt, bleh buat makan sahur, inti popia gulung/simpul, mkn dgn pulut nyum nyum

editedsaya guna breadmaker trio
function jem no 9
lupa nk tulis letak sekali daun pandan simpul n serai nk srh wangi
gula kena byk lagi2 klu nk buat inti mini popia gulung/simpul lagi sedap manis2

kredit: nur aifa nur

Catat Ulasan

0 Ulasan