Ikan Tenggiri Masak Cuka Buat Anda Bertambah-tambah Makan Nasi

Ikan Tenggiri Masak Cuka Buat Anda Bertambah-tambah Makan Nasi

GENERASI baharu mungkin tidak pernah mencuba ikan masak cuka namun percayalah ia hidangan yang boleh membuatkan anda bertambah nasi dua pinggan!
Malah cara penyediaannya juga sangat ringkas dan mudah.
Ayuh kita cuba ikan tenggiri masak cuka. Jika tiada ikan tenggiri, boleh juga cuba ikan merah atau ikan tongkol.
Bahan-bahannya:
3-5 ketul isi ikan (ikan tenggiri, ikan merah atau pun ikan tongkol)
6-10 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 sudu biji sawi
10 biji cili padi
1 inci halia
3 sudu cuka makan
Garam dan gula sesedap rasa
Ikan Tenggiri Masak Cuka.
Cara-cara membuatnya:
Pertama sekali ikan tenggiri yang sudah dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit digoreng terlebih dahulu.
Setelah selesai panaskan minyak dan tumis biji sawi sebelum masukkan bawang kecil dan bawang putih yang telah dihiris serta halia.
Apabila semua bahan tumis sudah masak, masukkan 1-3 cawan air dan biarkan ia mendidih seketika sebelum masukkan cuka.
Selepas itu perasakan dengan garam dan gula sebelum masukkan cili padi, cili hijau serta ikan yang telah digoreng dan biarkan mendidih selama 5-10 minit.
Hidangkan dengan nasi panas! Siap! Mudahkan?
Mstar

Catat Ulasan

1 Ulasan