Ayam Percik Special...Kuah Putih Dan Kuah Merah,Menu Wajib Bulan Puasa

Ayam Percik Special...Kuah Putih Dan Kuah Merah.Menu Wajib Bulan Puasa

Ayam panggang yang disaluti kuah santan pedas yang lemak berkrim. Hidangan ayam percik yang digemari ramai nak pula bila tiba bulan puasa ini yang dicari-cari.

Nak buat sendiri, Ini resipi ayam percik sedap dan ikut selera nak pilih kuah yang mana satu!

AYAM PERCIK ISTIMEWA

BAHAN-BAHAN:
                             

  • 1.5 kilogram ayam
  • 20 gram (g) serbuk kunyit
  • 6 helai daun limau purut
  • 5 keping asam gelugor
  • 30g bawang goreng
  • 2 helai daun kunyit
  • 3 batang serai (dititik)
  • 20g asam jawa (dibancuh dengan air)
  • 60g garam
  • 20g gula
  • 500 mililiter santan
  • Bahan kisar:
  • 100g bawang besar
  • 50g buah keras
  • 4 batang serai
  • 20g halia
  • 10g kunyit hidup
  • 30g cili kering
  • 3 biji cili merah
CARA PENYEDIAAN AYAM:
1. Kisarkan semua bahan yang perlu dikisar.
2. Bahan kisar tadi dilulur di atas ayam dan diperap semalaman.
3. Keluarkan ayam dari perapan dan bakar selama 40 hingga 50 minit pada suhu 200 darjah celcius.
CARA PENYEDIAAN KUAH:
1. Lebihan perapan tadi ditumis bersama santan dan masukkan sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat.
2. Masukkan asam gelugur, air asam jawa, gula, garam, daun limau purut, daun kunyit dan serai yang sudah dititik.
3. Kuah perlu sentiasa digaul untuk memastikan santan tidak pecah minyak dan dimasak menggunakan api sederhana selama 10 hingga 15 minit.
4. Tutup api dan masukkan bawang goreng.
5. Siap dihidang.

AYAM PERCIK PUTIH


BAHAN-BAHAN:

  • Ayam belah 4
  • 6 bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 asam keping
  • Garam dan gula
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 batang serai
CARA MEMASAK:


  1. Ayam diperap dengan garam, bawang merah dan halia yang dikisar. Kukus hingga masak. Atau boleh juga dicelur sahaja atau boleh dibakar terus. Susun dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang.
  2. Blend bawang merah dan halia bersama santan. Masak hingga pekat. Masukkan garam, gula dan asam keping. Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah.
  3. Kuah percik dilumur pada ayam yang dibakar. Bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga percik melekat di ayam.

Catat Ulasan

0 Ulasan