ENAKNYA LAKSA TELUK KECHAI.RESEPI PUN MUDAH

 ENAKNYA LAKSA TELUK KECHAI.RESEPI PUN MUDAH


Laksa...memang tidak pernah jemu memakannya.kali ini mari kta sama menikmati kelazatan Laksa teluk kechai pula

Bahan rempah

15 cili merah segar

15 cili merah kering

15 bawang merah

1 sudu kecil stok belacan


Bahan A

Air 300ml

10 tngkai (daun kesom)

5 keping (asam keping)

3 batang serai diketuk

2 btg bunga kantan

1.8 liter air


Bahan-bahan B

1 kg ikan kembung atau ikan selar kuning, dibersihkan

1 cawan air


1 kg laksa mi segar

Perasa 2 sudu gula atau secukup rasa Garam

5 tangkai daun selom - dicincang

1 timun yang dicincang

1bj bawang, dihiris dengan halus.

2 cili merah, biji dan dihiris Sambal kelapa

Telur rebus


Kaedah membuatnya

: Rebus ikan di dalam air sahaja. Apabila dimasak, keluarkan ikan dan ambilkan stoknya. Kemudian perisi isi ikan dan letakkan ikan ke tepi. Letakkan bahan rempah, air dan stok ikan dalam periuk. Tambah daun kesum, asam jawa dan serai

Biar mendidih selama 10 minit. Masukkan ikan yang diperisi dan perasa secukupnya.

Teruskan reneh selama 10 minit tambahan.


Sambal kelapa:

(Marina mar mawar)


Harini masak Laksa Kedah dan Sambal Kelapa...orang Kedah sebut Sambai Nyoq...saya berasal dari Kuala Kedah juga...hanya di Kedah terutama Laksa Teluk Kechai yang buat sambal ni untuk di makan bersama laksa...


Di bawah ni resepi untuk sambal kelapa...


Sambai Nyoq (Sambal Kelapa)


Bahan-bahannya :


2-3 Cawan kelapa parut (nak lebih boleh tmbh kuantiti)

3-4 sudu besar cili kisar (suka pedas lebihkan)

(*cili kering di potong dan dibuang biji kemudian direbus, diblend dgn sedikit air)

sedikit garam dan air


Cara-caranya :

Masukkan kelapa parut ke dalam balang kisar (elok letak suku balang, supaya kelapa jadi halus dan senang nak kisar) , cili kisar, garam dan air.

Kisar sehingga halus dan sebati. Masukkan ke dalam bekas, simpan dahulu dalam peti sejuk (elok buat awal) supaya pes sambai nyoq jadi pekat

Catat Ulasan

1 Ulasan