Biskut Kelapa Bentuk Bulan Sabit Resepi Zaman Dahulu Kala


Biskut Kelapa Bentuk Bulan Sabit Resepi Zaman Dahulu Kala
Bahan-Bahan:

250g mentega
80g tepung jagung diayak
250g tepung naik sendiri diayak
80g kelapa kering, kisar halus
120g gula kastor
2 biji kuning telur
Kelapa kasar
Telur putih
Ceri merah @ coklat cair

Cara cara membuat Biskut Kelapa:
Putar mentega dan gula sehingga sebati.
Masukkan kuning telur. Putar sebati.
Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum.
Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik.
Biarkan doh seketika sekitar 15 minit.
Terap mengikut acuan. Sapu bahagian atas dengan putih telur dan taburkan dengan kelapa kering.
Bakar di dalam oven pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit @ sehingga masak..
Siap!!
Kredit : ibu resepi

No comments