Resepi Nasi Kukus, Ayam Goreng Berempah,Kuah dan Sambal Belacan

Resepi Nasi Kukus, Ayam Goreng Berempah,Kuah dan Sambal Belacan(Panduan utk yg nak niaga Nasi Kukus)

Sedap ni!!!! selalu serbu pasar malam cari, tapi kadang2 tak cukup.. so masak sendiri la best, bersih dan banyak.. share la..
A) Nasi Kukus
Bhn2:
Beras secukupnya
Air
Bekas kecil(bekas aluminium eh?)
Daun pandan
Cara Memasak:
1)Cuci beras dan rendam selama 30min
2)Didihkan air dalam periuk pengukus.Letak daun pandan dalam air rebusan.
3)Toskan beras, isikan ke dalam bekas kecil.Isikan 3/4 bekas sahaja.
4)Isi penuh air ke dalam bekas tadi.
5)Kukus selama 20min/hingga nasi betul2 masak.
Nasi kukus dah siap.
B) Ayam Goreng Berempah
Bhn2:
-1/2 ekor ayam dipotong kecil
-1-2 sudu makan serbuk kari ayam
-1 sudu makan serbuk kunyit
garam secukup rasa
Kisar kering bhn2 ni:
-1 sudu makan biji ketumbar
-1 sudu teh jintan putih
-1 sudu teh jintan manis
Kisar halus bhn2 ni:
-1 biji bawang besar
-2 ulas bawang putih
-2 batang serai
-2 inci halia
-1 sudu besar tepung jagung
-Minyak untuk menggoreng
-Daun kari
Cara2:
1)Gaul semua bahan sebati dengan ayam. Perap selama 1 jam atau semalaman.
2)Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk naikkan aroma.
Kuah Nasi Kukus
Bhn2 :
-Kaki/tengkuk/pedal ayam (500g atau kurang lg)...boleh di ambil dr ayam yg dibeli utk buat ayam berempah
-Pes Kerutuk/Gulai Kawah/Kari Ayam Daging Saudagar Rasa (150g)(mana2 boleh,tp saya suka kerutuk)(blh call saya 0195532477-Razak, utk pes2 ni,promote skettt hihihihihihihi..)
-Santan (300ml)(optional biasanya peniaga x letak sbb nak jimat kos.
-Air (500ml atau lebih) -Garam atau gula secukup rasa
Cara2 :
1) Kaki/tengkuk/pedal ayam dipotong kecil
2) Basuh & toskan
3) Rebus bhn2 td dgn air sehingga separuh masak
4) Masukkan 1 pek pes dan santan(optional)
5) Masak sehingga mendidih
6) Rasa masakan samada kena tambah garam atau gula...kalu nak letak pak aji pon blh...tp saya mmg x letak pak aji dlm semua pes dan masakan saya.
7) Dah mendidih tutup api. Dah boleh utk curah atas nasi kukus 2 nanti yerr..
C) Sambal Belacan
Bhn2:
4 biji bawang merah
3 biji cili merah
1 inci belacan
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Perahan jus limau kasturi
Setengah genggam ikan bilis
2 sudu besar minyak masak
10 biji cili padi
Cara2:
1) Belah cili padi menjadi 2 bahagian supaya bila goreng nanti tak meletup dan potong bawang
2) Panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau sampai layu je.
3) Angkat dan masukan dalam lesung. Tambahkan dengan perahan limau kasturi td,belacan, cili merah,sedikit gula dan garam. Lepas 2 tumbuk semua bahan tadi dalam lesung. Nak senang,blend je lah sume 2,abis citer..
4) Akhir sekali, letak sekali sesudu besar kat sebelah nasi kukus.
Optional:
Nak bg best lg goreng papedom. Letak sekeping kat setiap pinggan ye..cam gambar attached.
Tu je resepi nasi kukus ayam goreng berempah,kuah dan sambal belacan yang saya nak kongsi. Harap berguna untuk anda yg nak business nasi kukus ye, terima kasih!
Resepi kredit to : Abdul Razak Bujang

Catat Ulasan

4 Ulasan