Kuih Dangai Kukus,Enak Rasanya Tekstur Pun Lembut
Tak tahu nak makan apa petang ni?
Apa kata Kita buat kuih Dangai kukus
Sedap kuih ni.. texture lembut je
Kuih Dangai Kukus
Bahan
2 cawan kelapa parut putih
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Gula Melaka
Cara2 :
Campurkan semua bahan & gaul2 sebati.. kecuali gula melaka
Acuan kuih lompang sapu sedikit/nipis minyak.. tak sapu minyak pun boleh
Masukkan kelapa dalam acuan.. tekan2 manja sikit.. buat lubang kecil di tengahnya untuk isi gula melaka yang dipotong/hiris kecil
Panaskan pengukus hingga mendidih.. kukus dlm 15 minit
sumber:resepi enak
0 Ulasan