Resepi maggi celup,saya buat saya makan!!
*air rebusan mesti lah tenggelam kan ayam dan daging..
Resepi untuk kuah..
(boleh dimakan dgn bihun, mee kuning, kuetiaw, maggi, nasi air)
*Rebus daging (sebesar tapak tangan@setengah kilo) atau ayam (saya guna sebelah saja ayam yg di potong dua), rebus hingga betul2 lembut & masak..
*air rebusan mesti lah tenggelam kan ayam dan daging..
*Setelah ayam daging masak..angkat, tos kan dan letak dlm mangkuk or pinggan..kalau rasa kuah nampak sedikit, blh lah tambah air..kemudian masukkan 2 sup bunjut, sedikit halia, lengkuas, 1 biji bawang besar yg dibelah 4, akar daun bawang & daun sup yg dibasuh bersih, then biarkan mendidih..kemudian panaskan minyak dlm kuali, tumiskan 4 ulas bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, setelah naik bau, masukkan dlm kuah tadi (masukkan bersama2 minyak yg menumis tadi)..masukkan satu @dua sudu perencah sup (optional), masukkan garam, gula (optional) , serbuk perasa, kicap 🧡 ini Resepi cara saya..maaf andai banyak yg terkurang, saya takde kedai..buat makan untuk family saja
*Lebih sedap makan bersama ikan bilis goreng, bawang goreng, cili besar yg di jeruk, sayur tauge & kangkung, cili kering yang di blend kering, cili kecil yg di blend or yg ditumbuk & kacang tanah yg ditumbuk *
*untuk yg mahu makan kuah ini bersama Maggi dan perencah Maggi, saya sarankan kan buat kuah sedikit tawar untuk elakkan rasa masin bila makan nanti..sebab perencah Maggi agak masin kan😂*
Kredit:
Lelya Adriana
0 Ulasan