Pak Su Kongsi Rahsia Masak Kuah Hitam Nasi Kandar Jadi Sedap


 Pak Su Kongsi Rahsia Masak Kuah Hitam Nasi Kandar Jadi Sedap

Penggemar nasi kandar wajib belajar cara menyediakan kuah hitam ini agar dapat menghilangkan kempunan di kala teringin.


Resipi ini adalah kuah asas yang kemudiannya boleh dimasukkan daging lembu, kambing, ayam, udang atau sotong, ikut selera masing-masing.


Terima kasih Paksu Hj Saad atas perkongsian resipi. Menurut Paksu, ayam dan udang haruslah digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan manakala daging kambing, lembu dan sotong boleh dimasukkan terus dan kacau sehingga masak.


Bahan :


7 batang Serai – diketuk


Daun kari


3 sudu teh Jintan manis


1 sudu teh Jintan putih – kisar kering


3 sudu makan Serbuk cili – boleh di ganti dengan cili kisar mengikut anggarannya


2 sudu makan Rempah kari daging Adabi


1 sudu makan Rempah kurma Adabi


20 biji buah kurma dibuang biji – direbus


3 labu bawang besar – dihiris


Sebotol besar kicap manis


3 inci Halia – dihiris dan kisar


Air asam jawa


Cara :



Panaskan minyak dalam kuali

Kemudian masukkan serai. Goreng sehingga naik baunya.

Masukkan bawang besar, tumis sehingga nampak layu dan masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih. Kacau sebati.

Selepas itu, masukkan serbuk cili, rempah kurma, rempah kari daging dan daun kari. Kacau dan tuang air panas tiga cawan supaya rempah dapat masak elok. Tumis lagi sehingga naik minyak.

Masukkan kicap manis, buah kurma, halia kisar dan air asam jawa. Kacau dan perasakan. Tambahlah sikit apa yang kurang. Misalnya kurang manis di tambah sedikit gula. Kurang masin tambah sedikit garam.

Akhir sekali masukkan daging atau lauk apa yang dipilih. Masak sehingga empuk. Sedap dan cukup enak.

sumber:majalah rasa

Catat Ulasan

0 Ulasan