2 Menu Yang wajib Anda Cuba..Sambal Tumis Telur Dan Ayam Goreng Cili Masala

 2 Menu Yang wajib Anda Cuba..Sambal Tumis Telur Dan Ayam Goreng Cili Masala


Menu ini juga sesuai untuk hidangan ketika sahur.Cubalah

Bahan-bahan:

 5 ulas bawang merah

 3 ulas bawang putih

 1 biji bawang besar (hiris)

 4 sudu besar cili kering (kisar )

 Sedikit belacan

 Garam

 Gula

 Air asam jawa

 Telur (rebus, kupas & goreng)


Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga garing dan wangi.

2. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul-betul garing.

3. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.

4. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.

5. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.

6. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

7. Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.


Kredit resepi: Azie Kitchen 


Ayam Goreng Cili Masala



Bahan-bahan:

 1 keping isi dada ayam | potong dadu

 1 sudu teh garam masala

1 sudu makan serbuk cili

 1 sudu teh serbuk lada sulah

 1 sudu teh serbuk kunyit

 2 ulas bawang putih | kisar halus

 2cm halia | kisar halus

 Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng

 3 batang kacang panjang | potong 3cm

 1/2 batang lobak merah | potong memanjang 3cm

 1/2 biji cili Banggala

 1/2 biji bawang Holland

 1 sudu makan tepung gandum


Bahan Sos Cili:

 3 biji cili merah

 3 biji cili padi merah

 1 ulas bawang putih

 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja

 Garam dan gula secukup rasa


Cara Memasak:

1. Gaulkan isi ayam bersama garam masala, lada sulah, serbuk cili, serbuk kunyit, bawang putih dan halia. Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaul lagi.

2. Seterusnya panaskan minyak kemudian goreng ayam hingga garing, kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah,cili Benggala. Kacau seketika dan angkat dan tapiskan minyaknya.

3. Kemudian sediakan bahan sos. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.

4. Masukkan dalam mangkuk, kemudian hidangkan bersama ayam goreng dan nasi putih.

Kredit resepi : Rasa

Catat Ulasan

0 Ulasan