RESEPI UNTUK MEMBUAT RENDANG- RENDANG AYAM ITIK DAGING BURUNG, HATI LIMPA ATAU APA APA SAJA....
PENTING-kalau nak rendang warna macam ni..jangan masukkan kunyit untuk rendang ayam atau daging anda tak kisahlah resepi rendang yang mana mana pun- jangan guna kunyit/kuning”.
Wajib kena ada ialah:
Serai *
Lengkuas*
Halia *
Cili merah/kering*
Jintan manis
Jintan putih*
Ketumbar*
Lada putih*
Lada hitam*
Bawang merah*
Bawang putih*
Kerisik@kelapa parut
Rempah 4 sekawan* ialah:
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Biji pala
Santan - segar 2 biji/kotak 200mlx2 kotak( 1-1 1/2 kg daging atau ayam 1 ekor
( daging jika takut liat beli ‘ batang pinang’ atau daging harimau menangis’. Sebaiknya direbus dahulu baru dipotong.air rebusan kita guna semuala untuk memasak rendang).
Gula
Garam
Bahan sampingan:
Kiub ayam/daging
Buah keras*
( bahan bertanda * hendaklah dikisar halus termasuklah jintan
Manis , jintan putih,lada putih, lada hitam, ketumbar walaupun ianya adalah serbuk- tetap dikisar kesemuanya sekali untuk disebatikan.
Petua masak rendang:
1. Kalau nak bg sedap dan sedap dari biasa kena guna ‘ hati lembu rebus” sebesar 4 jari-dikisar - masukkan kedalam kuali bila rendang sedang mendidih .double double sedapnya.
2. Oh lupa ..mestiguna guna kerisik atau kelapa mesin 2 genggam samada mentah ataupun disangai. Tak perlu dikisar terus je masuk dalam rendang masa dah dekat nak tutup api.( tujuan supaya nanti kita akan dapat serdak yg banyak).
3. Ayam/daging tempatan/daging import/hati lembu+paru- boleh buat juga. Cubalah..
Kalau hati dan limpa mesti direbus dahulu..pastu baru dipotong dan guna resepi yang sama untuk buat rendang.
4. Kalau guna daging sebaiknya direbus lama dahulu sampai empuk/masak sebab daging liat/keras. Kalau daging liat memang masalah besar kalau nak makan rendang. Apabila dah empuk/lembut dagingnya barulah dimasak rendang.
UNTUK LEBIH MUDAH DAN JIMAT MASA ANDA BOLEH GUNA ‘PRESSURE COOKER’ Untuk merebus daging.
Tapi kalau ayam anda boleh buat rendang terus sebab ayam mudah lembut/masak.
5. Boleh guna “kerisik” atau jika tiada kerisik anda boleh ganti dengan “kelapa parut segar” sebanyak 5-6 sudu.terus je masukkan kedalam kuali rendang sama seperti saat anda memasukkan kerisik. Lagi sedap guna “kelapa parut segar” sebab masih ada manis manis dan lemaknya.
Jika tiada kedua dua bahan diatas anda bolehlah mengguna “kelapa parut kering” yang biasanya org guna untuk membuat ‘ biskut kelapa’ diwaktu hari raya. Boleh juga guna teknik ini bila tiada stok santan atau kerisik.
™️KD
Kredit: resepi macam-macam hadoh
0 Ulasan