Resepi Tepung Kapur Original Pantai Timur,Rebus Malam,Esok Dah Boleh Makan

Resepi Tepung Kapur Original Pantai Timur,Rebus Malam,Esok Dah Boleh Makan
Kuih tepung kapur kuih legend negeri pantai timur..khasnya terengganu dan sekitar kampung beserah kuantan..

kuih yang mengimbau zaman kecik kami.. biasanya mak akan rebus belah malam dan pagi esoknya kami akan sarap dengan kuih ni.. 
Nampak seperti kuih kaswi kan nampak je sama tapi bukan dia.. sambil sembang sambil kunyah best tau...

Resepi Kuih tepung kapur
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air*
2 keping 'nisang' atau gula melaka *

3@4 sudu besar gula ikut kemanisan yang ada suka*
1 sudu air kapur dan sedikit garam
kelapa parut dan sedikit garam - untuk digaul sebelum dihidangkan

caranya
1. rebus nisang, air dan kalau ada daun pandan simpul bagi wangi. rebus hingga nisang/gula melaka hancur. tutup api dan biarkan air gula tu sejuk

2. Masukkan tepung gandum dalam bekas dan masukkan air gula 'nisang/gula melaka' dalam bekas gandum..kacau sebati dan masukkan air kapur dan garam kacau sebati (saya akan taruk sedikit demi sedikit hinggalah dapat adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat..macam buat cekodok gandum tu..

3. masukkan adunan dalam plastik tahan panas atau ada juga orang kukus..tapi kebiasaannya memang orang kampung akan rebus dlm plastik tahan panas macam kita rebus ketupat nasi tu

4. rebus sehingga masak biasa dalam 40-1jam.. biarkan sejuk ..dah sejuk baru boleh potong nipis dan gaul kelapa yang ditaruk dengan sedikit garam..siap

kredit resepi:
Tahrunnisah Jali

Catat Ulasan

0 Ulasan