Kakak Ini Ajar Cara Buat Ketuhar.Masak Apa-apa Pun Memang Menjadi
Nak buat kuih atau memasak kalau tiada ketuhar memng susah juga kan.jadi anda jangan susah hati,kakak ini ada caranya...
Bayangkan apa yang boleh kita lakukan dengan ketuhar? Ya, pelbagai hidangan dapat disediakan dan bagi sesetengah orang ketuhar adalah sebuah keperluan di rumah.
Hal ini kerana untuk menyediakan makanan buat keluarga kadangkala memerlukan ketuhar. Sama jugalah seperti wanita ini, dia memerlukan ketuhar untuk menyediakan makanan buat keluarganya tetapi apa yang menariknya dia tidak menggunakan ketuhar elektrik malah membuat ketuharnya sendiri!
Dengar sahaja sudah menakjubkan bukan? Mari lihat bagaimana dia membuat ketuharnya semula jadinya sendiri. Memang mengagumkan!
Langkah pertama yang dilakukan ialah dengan menyediakan tanah yang secukupnya. Sampai sahaja di rumah dia terus mencampurkan tanah tersebut dengan air. Campuran tersebut kemudian dipijak supaya 'sebati'.
Selepas itu dia meneruskan kerja dengan menyediakan tapak untuk ketuharnya. Untuk menyediakan tapak dia telah menggunakan simen dan batu-batu. Tapak tersebut kemudian dipenuhi dengan campuran tanah tadi dan batu-batu kecil sebelum meratakannya.
Langkah seterusnya ialah dengan meletakkan botol-botol kaca yang kosong di atas batu-batu kecil yang ditabur tadi. Seterusnya, dia menaburkan garam di bahagian atas dan ratakannya sekali lagi.
Selepas meletakkan garam, dia menaburkan tanah untuk dijadikan lapisan yang agak nipis dan batu-bata diletakkan di atas lapisan tanah tadi. Kelihatan bapa dan anak-anak kecilnya juga turut sama membantunya menyediakan ketuhar tersebut.
Apa yang dilakukan seterusnya ialah dengan membentuk ketuhar tersebut dengan menggunakan pasir yang basah sebelum ditutup dengan menggunakan kertas basah. Kemudian, tanah liat disediakan dan ditampal pada ketuhar yang hampir siap itu.
Seterusnya, mereka sekali lagi menggunakan botol kaca dan dilekatkan pada tanah liat. Wanita ini kemudiannya menyediakan tanah liat dan kali ini tanah liat yang disediakan telah dicampurkan dengan jerami terlebih dahulu. Tanah liat tersebut kemudian ditampal sebagai lapisan seterusnya.
Langkah seterusnya ialah masa yang ditunggu-tunggu iaitu masanya untuk menghias ketuhar tersebut. Kelihatan anak-anak kecilnya begitu seronok mencari pelbagai jenis cengkerang di tepi laut dan mula menghias ketuhar yang dibuat bersama.
Keesokan harinya, wanita itu membersihkan ketuhar tersebut dengan mengeluarkan segala pasir yang ada di dalamnya dan tiba masanya apabila ketuhar tersebut sudah boleh untuk digunakan!
Jangan lupa saksikan sendiri bagaimana dia menyediakan hidangan enak untuk keluarganya menggunakan ketuhar tersebut dan apa yang paling penting makanan yang disediakan kelihatan sangat enak dan menyelerakan!
Sumber:Era Baru
0 Ulasan