Resepi Set Nasi Kandar .Tak Rugi Kalau Cuba

Resepi Set Nasi Kandar.Tak Rugi Kalau Cuba
Jom lihat apa bahan-bahan yang diperlukan

Nasi putih
Daging masak hitam mamak
Ayam goreng mamak
Kari Sotong
Kuah kari mamak
Kobis goreng ala mamak
Bendi rebus

saya copy paste dari resepi mamak haji jazakallahu khairan

RESEPI NASI KANDAQ MAMAK


Resepi Kuah Kari Kaw Taruk Atas ( biasa kosong tp saya taruk sayur ) dan juga sebagai kari sotong cuma saya masak sekejap sahaja utk elakkan sotong jadi keras

2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas
2 paket kecil serbuk rempah kari ikan Babas
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
( semua rempah & serbuk2 dicampur dan gaul dengan air 1/2 cawan, kacau sebati)

Bahan2 kisar:
1 biji bwg besar*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(Semua bahan bertanda * diatas di kisar@ ditumbuk halus)
2 ketul kiub pati ayam
Gula
Garam
Air asam jawa
Air secukup nya
Minyak 3/4 cawan

Bahan2 tumis:
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba campur

Cara2:
-Panaskan minyak dlm periuk...bila panas tumis bahan2 tumis hingga naik bau..


- kemudian masukkan bahan2 kisar tadi...Bila dah harum masukkan rempah2 dan serbuk cili & kunyit yg dah di bancuh tadi..

- kemudian kacau2 hingga naik minyak..bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya maka segera tambahkan air...Biarkan ia mendidih hingga sedikit kering,kemudian tambah lagi air dan biarkan ia mendidih sekali lagi.. Proses ni yg akan menyedapkan kuah kari..

- Selepas itu masukkan kiub pati ayam,gula, garam, pes asam jawa adabi 1/2 sudu besar atau kalau guna air asam jawa pekat letaklah 1 sudu besar..

- Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap... last sekali bila hampir selesai boleh bubuh lagi daun kari.. Rasa dulu sblm selesai kan masak ye..

-Dah siap kuah mamak dan boleh taruk atas nasi @ ayam.

***resepi kuah mamak ini hanya perlu buat jika anda buat ayam goreng mamak atau berempah sahaja tetapi jika anda buat kari ayam@daging maka tak perlulah buat kari mamak lagi ye..
Kari mamak ini juga jika suka anda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan rempah dah masak tadi... Baru masukkan air...

P/s :

______________________________________________________

DAGING MASAK HITAM ALA MAMAK ( saya buat 1/2 adunan sahaja dr resepi asal)

Bahan-bahan diperlukan :
- 3 kg Daging (dipotong hiris mengikut urat daging jadikan 14 X 3 = 42 keping).
- 4 biji Bawang labu sederhana besar dihiris untuk tumis.
- 250 gm Rempah kari Daging ( bungkusan 250gm).
- 2 sudu besar serbuk Jintan Putih.
- 1 sudu besar Serbuk Jintan Manis.
- 1 sudu besar Serbuk Kas-kas ( tidak kemestian).
- 2 sudu kecil (tsp) Garam Masala.
- 150gm Cili Giling (tersedia jual) atau cili kering kisar.(mengikut kepedasan anda inginkan).
- 125gm sos cili.
- 100gm sudu besar (tbsp) sos tomato.
- 75gm gula pasir.
- 1/2 cawan Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) atau sesuaikan warna yang dikehendaki. jangan gelap- gelita..ikut warna kulit mamak haji yang hitam manis. Sekiranya kuantiti yang besar gunakan kicap kramel (kramel tidak punyai kemasinan).
- Garam secukup rasa.

Bahan untuk kisar / Tumis:
- 5 biji bawang labu sederhana besar dikisar dan asingkan ia digunakan sebagai kuahnya).
- 2 btg serai diketuk perdunya.
- 4 sudu besar pes halia bawang putih.
- 3 helai daun pandan di potong 3" .
- 5 tangkai daun kari.
- 3 kpg. Kayu manis is + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
- 1 cawan minyak masak.

CARA PENYEDIAAN:
-1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carik daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras air yang terlalu rendah. Simpan air daging (stok) ini untuk jadikan kuahnya.


-2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Apabila minyak panas, masukan bawang hiris dan tumis sehingga warna bawang bertukar warna kuning keemasan. Masukkan segera campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang , daun pandan,daun kari dan serai. Goreng hingga ramuan ini mula keluarkan aroma harum.


- 3. kecilkan api dapur kepada medium dan masukkan pes halia bawang putih , di ikuti dengan bawang kisar. Tumis sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.


- 4. Masukkan bahan kisar cili /cili giling kacau rata. Biarkan sebatian ini pecah minyak (minyak akan wujud di sekeliling kuali).


- 5. Masukkan serbuk kari , sebuk jintan putih, jintan manis, kas-kas, garam masala. Kacau rata dan tunggu sekali lagi sebatian ini pecah minyak. Jaga jangan hangus.


- 6.Masukkan segera air rebusan daging dan daging. Kacau rata.Tinggikan api dapur. Kita tak tambah air kerana air rebusan daging dah sedia ada dan daging telah pun masak secukup.


- 7. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih sehingga kuahnya menjadi pekat. Kecilkan api dapur.


- 8.Masukan gula pasir dan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.

____________________________________________

Ayam goreng mamak

Bahan2 ayam goreng mamak:
1 ekor ayam - dipotong 8 & dicuci bersih
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil lada sulah
1 biji limau nipis
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Minyak yg banyak utk menggoreng

Cara2:
- Gaulkan tepung jagung, tepung beras bersama bawang putih dan halia...Gaul rata...


- Masukkan serbuk kari,serbuk cili, serbuk kunyit,lada sulah, garam, gula dan perahan air limau nipis... Kacau rata...


- Masukkan ayam dan sedikit air...Perap selama 20- 30minit...


- Gorengkan ayam secara deep fry ye...mula2 masukkan ayam pastikan minyak betul2 dah panas.. lepas ayam dah masuk perlahankan api dan gorengkan hingga garing.. angkat & toskan...siap untuk dihidangkan.. saya suka goreng size besar..lepas goreng saya kerat2kan.. ala2 macam kat kedai mamak.

________________________________________________
Sayur kobis goreng mamak

1/4 biji kobis dipotong nipis
1 biji Bawang merah besar hiris nipis
2 ulas bawang putih ketuk
Lada hijau hiris nipis
Sedikit Biji sawi
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit daun kari
Sedikit minyak

Tumis bawang putih dan merah sampai naik bau
Masukkan daun kari biji sawi kobis dan lada
Kacau sebati dan masukkan serbuk pati ayam dan perasakan dgn garam jika tawar
.
sumber:mamak haji

Catat Ulasan

0 Ulasan