RESEPI NASI BERIANI AYAM GORENG MAMAK,ENJOY SATU FAMILY MAKAN

 RESEPI NASI BERIANI AYAM GORENG MAMAK,ENJOY SATU FAMILY MAKAN
Boleh jadikan menu buka puasa. Raya nanti pun boleh juga jadikan hidangan dengan keluarga. Mantap rasa dia!





Teringin punya pasal… Berperang ngan anak nak siapkan nasi beriani mama korang..

Nasi beriani mudah je

Resepi nasi

Bahan-bahan:

Beras monghul basmathi (rendam stgh jam dan tos kan)
Rempah beriani mak siti
Bawang besar hiris
Halia hiris
Tomato buang biji dan hiris
Tiga sekawan
Kiub pati ayam
Daun pandan
Susu sejat setengah tin
Majerin

Cara-cara:

Panaskan majerin tumis 3 sekawan, kemudian masukkan halia dan bawang besar.. Dan tomato.. Tumis sehingga garing.

2. Masukkan rempah beriani mak siti dan kemudian daun pandan.
3. Masukkan kiub dan garam.. Tumis sehingga sebati.

4. Tambah air dan susu dalam tumisan.. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan bahan tumis tadi bersama2 air yang cukup untuk masak nasi seperti biasa..
Kalau Buat, Enjoy Makan Satu Family!



Ayam goreng mamak


Bahan-bahan:

Ayam
Serbuk kunyit.
Serbuk kari
Serbuk cili
Tepung gandum
Garam
Ajinamoto
Daun kari
Halia dan bawang putih (ditumbuk kemudian diperah jus kedalam ayam)

Cara-cara:

1.gaul sebati semua bahan.. Bacuhan agak2 melekat pada ayam.. Tuggu setengah jam.. Dan goreng sehingga masak…



Dalca

Bahan-bahan:

3 sekawan
Dal (direndam sejam dan direbus empuk)
Carrot
Kacang panjang
Kentang
Isi ayam
Rempah kari
Kunyit serbuk
Daun kari
Bwng putih, merah dan halia dihiris

Cara-cara:

Tumis bwng putih, merah dan halia dihiris bersama daun kari dan 3 sekawan..
2. Masukkan serbuk kari, kunyit serbuk.. Tumis sehingga garing
3. Masukkan isi ayam tggu sehingga ayam masak.

4.masukkan semua bahan kedalam periuk dal yang telah direbus bersama sayur. Tuggu sehingga kentang empuk..

5.letak garam dan aji…santan 3 sudu… Rasa lah ye…






makan dengan papadom memang tambah sedap!


Siap untuk dimakan!

Kredit: Nur Aisya (MAHN)

Catat Ulasan

0 Ulasan