Cara Penyediaan Susu Halia Untuk Buang Angin Dalam Badan

Cara Penyediaan Susu Halia Untuk Buang Angin Dalam Badan
Masalah angin dalam badan jangan dibuat main. Boleh menyebabkan segala kerja terbantut.


Jom cuba susu halia yang dikongsikan saudari Aisyah Badar Bajrai ini. Selain untuk buang angin, ia juga dikatakan baik untuk atasi masalah demam dan tak sedap badan.

Tak sangka, abah puji petua ni. Abah Aisyah bukan senang nak puji-puji tau. Jadi bila abah puji petua ni bagus, aii is bangga. Hahaha.

Aisyah cakap awal-awal, petua ni guna bahan biasa-biasa jek, tapi kesan dia memang amazing giler. Badan abah Aisyah yang banyak angin tu memang lega sangat sangat lepas minum petua ni.

Ok jom tengok resepi


Bahan bahan

1 cawan susu tepung atau susu segar

1 potong halia (diketuk)

1/2 sdk kayu manis Ceylon (KMC)
\

Cara membuat:

Rebus susu, halia dengan KMC sampai mendidih. Pastu tutup api.

Campur semua bahan ke dalam kole air.

Kemudian masak atas api. Selepas mendidih tutup api itu.

Tapis terlebih dahulu susu tersebut. Mudah nak minum, rasa smooth je masuk tekak.

Tadaaa… dah siap. Susu Halia ni sedap kalau minum panas-panas.

Susu halia KMC ni ada macam-macam khasiat jugak tau. Kalau korang rasa badan tak sedap nak demam pun bagus minum susu ni. Nanti badan terus rasa segar.

Kat bawah ni Aisyah listkan khasiat lain susu KMC ni okey;

– legakan sakit otot

– kurangkan kulit berminyak

– legakan sakit tekak

– mencegah sakit jantung

– kuatkan antibodi badan

– mencegah morning sickness

– legakan senggugut

– mencegah osteoporosis

– melegakan sembelit

– merawat selesema

Oraitt, ni la resepi buang angin yang super duper senang. Ada 2 superfood yang power rangers dalam ni. Percayalah cakap Aisyah, lepas korang minum susu ni , angin dalam badan memang berzumba keluar. Pastu badan pun opkos la rasa ringan.

Jangan lupa follow Aisyah Badar Bajrai untuk petua sihat cara bajet yang lain. Selamat mencuba?

sumber:majalah Keluarga dan Aisyah bahar

Catat Ulasan

0 Ulasan