RESEPI NASI LEMAK ROYAL ALOR SETAR HANYA ADA DI KEDAH
Siapa yang pernah mai alor setaq dan pernah makan nasi lemak royal memang dia akan mengidam selamanya....sedap tak tau nak habaq ..
NASI LEMAK ROYAL ALOR SETAR
1.NASI LEMAK ROYAL
2. UDANG GORENG MASAK KARI
3. AYAM GORENG BEREMPAH
4. KUAH KARI KOSONG & KUAH HITAM
RESEPI NASI LEMAK ROYAL ini hanya ada di kedah terutama di ALOR SETAR
Ianya adalah sama seperti memasak nasi minyak cuma bezanya nasi lemak tumis ini ialah penggunaan santan.
Jadi kalau siapa yang tak suka santan boleh buat nasi minyak atau boleh kurangkan sikit santan.
1. Bahan dan cara buat NASI
BERAS 3 cawan dicuci bersih.sejatkan airnya.
‘Masukkan air 1/2 cawan dan masukkan serbuk kunyit 1 1/2 sudu besar kedalam mangkuk yang berisi beras tadi. Biarkan selama 15 -30 minit dan cuci serta sejatkan/toskan airnya.
Jadi sekarang beras bewarna kuning.
Dalam kuali masukkan minyak 3 sudu besar dan panaskan.
Setelah minyak panas
Tumiskan bawang merah 6 dimayang. Bawang putih 5 dimayang,
Bawang besar 1 biji potong dadu
Halia 1 inci dimayang
Bunga lawang 3
Kulit kayu manis 2
Biji pelaga 5
Bunga cengkih 4
Lada hitam biji 10
2 helai daun pandan
(** ada lagi satu cara untuk memasak nasi ini ialah dengan memasukkan kesemua bahan diatas kedalam periuk berserta dengan beras, garam dan gula serta ajinomoto sekali .
Rebus naik saja macam kita masak nasi biasa iaitu tanpa ditumis apa apa.****
Bila dah bau wangi bawang dan bawang garing masukkan beras.
Sederhanakan api dapur dan kacau kacau takut hangus.
Kacau sampai minyak meresap semuanya kedalam beras- matikan api dapur dan ketepikan.
Masukkan beras tadi kedalam periuk letrik ‘cooker’ dan masukkan air panas 4 cawan dan santan kotak 100ml@ 1/2 cawan.( sukatan air bergantung kepada beras yg anda guna. Cuma adalah lebih baik jika anda mengurangkan sedkit air dari kebiasaan anda masak nasi sebab dalam masakan ini kita guna@masukkan santan dan minyak.jadi ini juga akan membantu melembutkan nasi nanti.
Tambah 1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam kasar ( ikut rasa anda)
Daun pandan
Ajinomoto( kalau suka)
Masaklah seperti biasa.
( kalau nasi dah masak agak keras atau kurang air sila tambah air panas 1/2 cawan kedalamnya sambil menggemburkan nasi)
Seeloknya bila semua bahan dah dimasukkan kedalam periok , rasailah dahulu masin manisnya...kalau perlu tambahlah apa yang kurang.
Penggunaan air panas adalah perlu untuk nasi elok sebab panas air sekata.
RESEPI RESEPI UNTUK SATU SET:
2. udang goreng kari
RESEPI UDANG GORENG KARI
boleh diganti dengan udang , ayam , ketam dan semuq jenis daging.
1. Udang goreng kari
Tak perlu guna air sebab kita hanya guna air udang tu sahaja.itulah yang akan menyedapkan masakan udang ini nanti.
UDANG besar 30 Ekor
Serbuk Kunyit 1 1/2 sudu besar
Garam halus 1 sudu kecil
Gula 1 sudu besar
Gaul semua sekali dan sebatikan
Panaskan minyak 1 cawan
Bila minyak dah panas masukkan udang tadi. Goreng sampai udang masak tapi jng terlalu lama walaucamanapun pastikan air udang telah kekeringan baru masukkan rempah kari.
Dah air udang kering Masukkan rempah kari ayam@ikan 2 sudu besar kedalam kuali yang ada udang tadi ( rempah kari tidak dibancuh)
Gaul gaulkan.
Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan cili padi kedalamnya.kalau nak masukkan serbuk perasa masukkan waktu ini.
Agak bawang dah layu sedikit, bolehlah diangkat.
Sedap dimakan dengan nasi apa saja....nasi putih ka...nasi beriani ka...nasi lemak ka...nasi tomato ke...nasi kandaq ka....semua boleh dan sangat sedap👍👍👍👍
3. AYAM GORENG REMPAH MAMAK
Ayam 1 ekor potong 24 ketul ( kalau potongan besar besar sebaiknya ayam tu di kukus dahulu 20 minit supaya isinya betul betul masak bila digoreng nanti).
Saya ‘cook’ ayam tu dalam microwave selama 20 minit sebab nak bg ayam tu masak sikit dulu dan nanti bila digoreng tak adalah isinya yang tak masak.
Sebab kita guna dapur biasa jadi ayam kita tak mungkin boleh digoreng seperti di kedai mamak..api dapur kuat jadi isi ayam mudah masak serta tepung diluar tidak hangus.runah kita dapur biasa jadi api tak kuat setanding dapur di kedai makan.
Bawang merah 15
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 5
Halia
Rempah kari 3 sudu besar
Tepung goreng ayam 4 sudu besar (brand apa pun boleh)
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil biji jintan manis
1 sudu kecil biji jintan putih
( kalau tak biji, ada guna yang serbuk- 1 sudu kecil setiap jenis)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam kasar
1 sudu besar serbuk kunyit
Masukkan kedalam bekas dan gaul semuanya.
Lepas tu masakkan kesemua ayam tadi dan sebatikan.
Perap 30 minit ( lagi lama lagi sedap)
Pastu dah boleh digoreng.guna minyak yang banyak seperti kita nak buat cucur.melepasi paras ayam baru masak cantik.
4. KUAH KARI MAMAK KOSONG
Kalau tak belajar buat memang rugi...sebab sedap sangat.
Hanya ada di fb saya sahaja resepinya sebab saya sedekahkan untuk anda semua.halal..
1. Kena masak lama baru kuahnya jadi pekat cantik.
2.Tumis rempah mesti guna minyak yang banyak baru rempah dapat masak cantik.bila rempah masak elok maka nanti kuah kari anda akan jadi warna merah yang cantik.
3.Biar masak rempah lama supaya betul betul masak.bila betul betul masak baru masukkan air
4. KUAH KARI MAMAK@ KUAH ITAM ( kuah taruh atas)
Kuah HITAM itu adalah sama seperti kuah kari ini cuma ianya ditambah dengan kicap supaya bewarna hitam dan berbeza sedikit rasanya dan lebih sedap apabila dicampur bersama kuah kari kosong tadi.
RESEPINYA:
3 bungkus kecil Rempah kari ayam
1 bungkus kecil rempah kari ikan
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan putih*
1 sudu kecil serbuk jintan manis*
1 sudu kecil Serbuk ketumbar*
1 sudu besar rempah masala *(jika ada lebih sedap)
(* jika ada)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
( semuanya dicampur dan gaul dng air 1 cawan-pekat)
Bahan tumbuk/kisar-untuk ditumis adalah dibawah:
Bawang merah 7
Bawang putih 5
Halia 2 inci
Bawang besar 1
Bahan ditumis ke 2
2 kulit kayu manis
Bunga lawang 4
Biji pelaga 6
Bunga cengkeh 8
Kiub ayam 2
Gula 2 sudu besar
Garam ( jika perlu sebab kiub ayam dah masin dah)
Air asam jawa 1 sudu besar
Air 1 1/2 cawan
santan 1/2 kotak kecil @ 1 kotak.Jika tidak mahu guna santan pun boleh cuma pekatkan kuah kari anda.
Minyak 2 cawan
( selepas siap masak kari jika minyak tumisan dalam kuah kari banyak sangat maka anda bolehlah ambil buang/keluarkan mengikut keperluan anda.menumis rempah kari tidak boleh dikurangkam minyak sebab rempah tidak bolehl masak betul.
Panaskan minyak dlm periuk.bila panas tumis bhn tumisan td. Bila dah harum masukkan rempah yg dibancuh td.
Pastu kacau kacau lah.bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya cepat cepat tambahkan air. Biar mendidih 2 kali.
Pastu masukkan kiub ayam,gula, garam, asam jawa paste 1/2 sudu kecil atau air asam jawa 2 sudu besar.
Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap.
Dah siap kuah mamak dan boleh taruh atas ayam.
( resepi kuah mamak ini hanya perlu dibuat bila anda buat ayam goreng sahaja tetapi jika anda buat kari ayam@daging maka tak perlulah buat kari manak lg.
Kari mamak ini juga jika suka anda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan
rempah dah masak tadi. Baru masukkan air.
“Untuk resepi kuah kari hitam mamak , cara buat adalah sama cuma ketika kuah sudah memdidih masukkan kicap TAMIN,sedikit cili sos dan sos tomato untuk menyempurnakan rasanya.”
** buat banyak banyak kalau lebih masukkan DALAM bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. Boleh tahan 5-6 hari.senang bila nak makan nasi panaskan saja...tapi kalau masak rempah guna minyak banyak, rempah masak elok KUAH KARI INI AKAN BERTAHAN 2 MINGGU.ambil setakat yg nak makan saja yang baki cepat cepat simpan semula dalam peti ais.
** kuah kari ini boleh dimasak dng lauk pauk kegemaran anda.
Maksudnya anda boleh buat sebagai kari ayam, ikan, daging ,sotong, udang.kalau nak buat kuah kari yg warna hitam tu cuma tambahkan kicap pekat sedikit sahaja kedalamnya.**

3.Biar masak rempah lama supaya betul betul masak
Resepi kredit : ida shahida

0 Ulasan