Inti Serunding Kelapa Udang Kering Untuk Cucur Badak Atau Pulut Udang

Inti Serunding Kelapa Udang Kering Untuk Cucur Badak Atau Pulut Udang


Saya buat inti kelapa udang kering tapi tak tahu pula nak buat pulut panggang ke atau kueh badak? Cucoq badak atau pulut udang?

yang mana satu nie?
Kedua duanya menggunakan inti yang sama.

Mari kita lihat bagaimana Resepinya:


2 cawan kelapa parut
1 1-2 sudu besar cili kering mesin
Bawang merah 10
Bawang putih 2
Serai gemuk 2 batang
Halia 2 inci
Serbuk kunyit 1 sudu besar
Udang kering segenggam penuh/cuci ( kisar halus)
Gula 2 sudu besar
Garam 1/2 sudu kecil
4 titis pewarna kuning telur( sebab saya nak inti warna cantik)

Cara Buat Inti


1: Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut dalam blender.Kisar hingga lumat dan halus mulus.


Masukkan kelapa parut dan udang tadi.


Masukkan dalam kuali@
Periuk semua bahan dan masak hingga kering.Tak pakai minyak .Bila dah kering airnya, perasakan dengan garam dan gula bagi manis masin seimbang.Guna api perlahan sahaja.Siap inti.


kredit resepi:Ida Shahida

Catat Ulasan

0 Ulasan