KERAPU GORENG CARA NYONYA


KERAPU GORENG CARA NYONYA 


Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu - dibelah tepi
1 biji telur – diambil bahagian kuning telur sahaja.
5 sudu besar tepung jagung. 

Bahan- bahan sos
10 ulas cili merah
5 ulas cili padi 
1 sudu sos cili
1 sudu sos cili thai
3 kuntum bunga kantan
2 batang serai – diketuk
1 inci kunyit hidup
1 ulas lengkuas
2 biji bawang merah
10 ulas bawang putih

Bahan-bahan sayur
1 biji terung panjang – dipotong jalur
1 biji cili merah – dipotong besar

Cara membuat: 
1. Ikan dilumur dengan sedikit garam, kuning telur dan jagung. Kemudian, digoreng sehingga garing.
2. Kisar semua bahan-bahan sos dan tumiskan dengan minyak. Lalu, masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam.
3. Sementara itu, sayur digoreng dalam minyak yang sedikit.
4. Letakkan ikan ke dalam kuah sos dan sayur di atas ikan. 
5. Sedia untuk dihidang

Selamat Mencuba

Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

cc: mingguanwanita

Catat Ulasan

0 Ulasan