Pelbagai Resepi Ikan Bakar Berserta Air Asam Pencecah Yang Harus Anda Cuba Sepanjang Ramadhan

Pelbagai Resepi Ikan Bakar Berserta Air Asam P:encecah Yang Harus Anda Cuba Sepanjang Ramadhan

Resepi ikan isi masak asam cuka


Bahan2

Ikan isi siap digoreng.jgn sampai garing
Bawang besar 2biji*
Bawang putih 4ulas*
Cili besar*
Cili api*
Biji sawi*
Halia*
Air asam
Cuka 2sudu mkn
Air
Garam perasa n gula bg lebih
Timun

Cara memasak
- Panaskan lebihan minyak kemudian masukkan bertanda *.tumis sehingga wangi
- kemudian masukkan ke semua bahan kecuali ikan.tggu sehingga mendidih.
- dah mendidih masukkan ikan.pastikan rasa semua ada masam n manis.
- siap utk dihidang n mkn dgn nasi panas2..

Kredit Resepi : arieza rieza

Ikan Siakap Kukus Halia




1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan kelar sedikit
2 inci Halia – di hiris halus
3 biji Bawang merah – di hiris halus
2 ulas Bawang putih – di hiris halus
10 biji Cili Padi – dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 btng Lobak merah – di hiris memanjang
2-5 Cendawan shitake – di hiris halus
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu besar Air

Cara penyediaaannya

Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.



BOTOK-BOTOK IKAN TENGGIRI




BAHAN-BAHAN REMPAH :-)
3 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
6 batang serai, hiris halus*(*kisar halus)
2 camca besar kerisik
1/3 cawan santan
3 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama Babas)
2 1/2 camca besar cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAM :-)
Pucuk ubi secukupnya (kurang lebih 1 cekak)
Pucuk bebuas secukupnya (kurang lebih i cekak)
2 tangkai pucuk betik
3 tangkai pucuk mengkudu, hiris
30 helai pucuk kaduk
5 helai daun kunyit, hiris halus
5 helai daun cekur, hiris halus
2 genggam daun selasih
2 genggam pucuk kesom

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
5 ekor ikan kembong besar, siang, cuci bersih dan toskan
10 batang lidi pengcungkil gigi
10 helai daun pisang berukuran 8 inci x 10 inci

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK REMPAH BOTOK-BOTOK (BOLEH SIAPKAN AWAL) :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus, bersama rempah kari, kacau rata dan masak hingga terbit minyak, gunakan api kecil. Tambah jus asam jawa, kerisik dan santan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Terus memasak hingga rempah garing dan terbit minyak. Rasa dan jika ok, matikan api. Biar rempah sejuk.

UNTUK BOTOK-BOTOK :- Ambil 2 helai daun pisang (atau anda boleh layur atas api sekejap bagi dia lembut dan mudah dilipat). Susun dedaun seperti dalam gambar, mulakan dengan pucuk ubi, pucuk betik (boleh koyakkan kalau besar), daun kadok, pucuk bebuas dan hirisan pucuk mengkudu. Sudukan rempah atas daun2 tadi (kurang lebih 2 camca besar)

Letak ikan atasnya (mat kerat 2 untuk setiap ekor ikan kembong), letak lagi 1 1/2 camca besar rempah dan tabur dengan hirisan daun kunyit, hirisan daun cekur, daun kesom dan daun selasih. Berhati2 bungkus botok2 tadi dan semat kiri dan kanan nya dengan lidi. Kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki bahan.

Susun dalam kukus dan kukus atas air mendidih selama 30 minit. Biar sejuk sekejap dan boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..Selamat mencuba.


Ikan Bakar Portugis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - kelar
5 helai daun limau purut - hiris halus
3 sb minyak bawang putih
1 sk penuh garam
1 sb penuh gula
Aluminium foil/daun pisang

Bahan kisar:
3 sb cili kering kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 hiris lengkuas

Cara cara:
Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya. Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.


IKAN BAKAR PETAI


Bahan- Bahan Yang Digunakan:

Ikan Siakap - 1 Ekor di bersihkan dan perahkan lemon di atas permukaan Ikan.
Minyak Zaitun - 7 sudu besar
Bawang Putih - 5 ulas diketuk
Bawang Merah - 10 ulas *
Serai - 2 batang *
Buah Keras - 2 biji *
Rempah Kari - 2 sudu besar
Halia - 1 inci *
Lengkuas - 1/2 inci *
Lada kisar ( lada kering yang dikisar) - 4 sudu besar
Air Asam Jawa - 3 sudu besar
Kicap Pekat - 1 sudu besar
Belacan Bakar - 1/2 sudu
Gula dan Garam
Daun Limau - Dihiris halus
Daun Kunyit - Di hiris halus
Kacang Bendir
Petai

Penyediaan Minyak Bawang Putih

Basuh Bawang putih bersama dengan kulitnya sekali dan diketuk.
Masukkan minyak zaitun ke dalam kuali, setelah panas masukkan bawang putih.
Goreng bawang putih bersama dengan kulitnya sekali sehingga garing dan asingkan minyak dan bawang putih.

Penyediaan Sambal Ikan Bakar
Kisar bahan yang bertanda (*) bersertakan dengan bawang putih yg digoreng tadi.
Setelah itu dicampurkan dengan rempah kari,lada kisar,air asam jawa,belacan, kicap pekat dan belacan bakar. Gaul sehingga sebati campuran tersebut.

Campuran ini ditumis sehingga garing dan naik bau dengan menggunakan sedikit minyak bawang putih. Jangan habiskan minyak tersebut kerana bakinya akan di gunakan nanti. Perasa sambal tersebut dengan garam dan gula. Kalau ada serbuk perasa bolehla di letakkan sedikit.

Ambil aluminium foil dan sapukan sedikit sambal di permukaannya dan di letakkan ikan dan dilumurkan dengan sambal sehingga sekata dan tuangkan baki minyak bawang putih ke atas ikan.
Taburkan daun limau dan daun kunyit yang telah dihiris ke atas ikan yang telah siap dilumur.

Balut aluminium foil dan masukkan ke oven pembakar dengan suhu 200 celcius selama 30 minit.
Setelah masa cukup 30 minit, keluarkan dan taburkan petai dan kacang bendir di dalam foil dan dibiarkan terdedah supaya sambal menjadi sedikit kering semasa di bakar.

Teruskan pembakaran selama 10 minit dan bolehlah dikeluarkan dari oven pembakar dan bolehlah di hidangkan.



IKAN BAKAR TEMPOYAK




Bahan- Bahan :

1 ekor Ikan siakap ( sederhana besar)
3sb tempoyak
1 helai daun kunyit(hiris nipis)
1 inci Kunyit hidup
1 biji bawang merah kecil
Cili padi kecil(warna merah,ikut suke nak pedas mana)
Garam&Gula
Daun pisang

Cara- Cara :

1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit serbuk..
2. Blender/tumbuk cili,gula,garam,kunyit hidup dan bawang merah hingga luma.
3. Masukkan tempoyak dan kacau rata dengan bahan tumbuk td.. kalau pekat masukkan 1 sb air masak.(kalau blender,masukkan semua bahan tmasuk tempoyak,blend halus)
4. Letak kan ikan atas daun pisang,letakkan bahan2 timbuk td dekat dalam ikan ratakan,dan lebih tu lumur bahagian luar ikan.
5. Taburkan hirisan daun kunyit atas paste tempoyak td... lagi banyak lg sedap..
6. Balut ikan dgn daun pisang.. lg tebal lg elok..dan bakar. Hingga masak.
7.Siap hidang.


IKAN BAKAR BEREMPAH



Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap/kerapu/bawal (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)~ takde daun kunyit masa ni, aku ganti dgn bunga kantan je..
2 helai daun limau purut (diracik halus)

Bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)~ aku ganti dgn cili kering kisar je..
1 sudu besar rempah kari ikan ~ aku ganti dgn kari daging sbb kari ikan abis..
3 sudu makan air asam jawa ~ aku ganti dgn 2 ketul kiub tomyam knorr
1 sudu besar kicap pekat ~ Aku tak masukkan
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas ~ tak masukkan jugak sbb takde
gula dan garam secukupnya ~ tak masukkan garam sbb dah ganti dgn kiub tomyam..
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.

Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas.

Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit. ~ tp aku tak perap pun.. terus bakar je.. yg takde oven, leh masak atas kuali non stick je..

Kemudian bakar ikan sehingga masak.

* nak lebih sedap, perahkan limau kasturi atas ikan sebelum makan.
** aku memang suka derhaka dr resepi asal.. bg aku, bila taruk 2 ketul kiub tomyam, aroma masakan lg bertambah mengancam dan besttt.. try la ye..


RESEPI SIAKAP BAKAR SAMBAL BEREMPAH




Bhn2:

1 ekor siakap / ikan lain
4 s/b cili mesin
1/2 labu bwg besar - mesin
1 ulas bwg putih - mesin
1/2 inci halia - mesin
1 s/b rempah kari ikan
Air asam jawa
Garam dan gula
Sdkt minyak - tumis
Daun pisang secukupnya
Aluminium foil

- Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir
- Tumis semua bahan kisar bersama cili giling dan rempah kari hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis.

- Di dalam kuali, lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang(macam bungkus la ikan tu, so wap tak keluar). Masak pada api sederhana hingga ikan masak.
- Bila ikan dah masak, angkat dan letak lagi separuh sambal td dan sedia dihidang...



Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar




Bahan-bahan

3 sudu besar cili giling
1 labu bawang besar
3 hiris lengkuas
1 sudu besar air asam jawa
2 ekor ikan cencaru
garam secukup rasa
gula melaka
daun pisang

Cara-cara

Kisar bersama cili giling, bawang besar, lengkuas dan serai.
Tumiskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan yg telah dikisar tadi. Masukkan garam, air asam jawa dan gula melaka secukup rasa.
Masak sehingga garing
Belah bahagian atas ikan cencaru. Sumbat / masukkan sambal dalam bahagian yg telah dibelah.
Balut ikan dengan daun pisang.
Bakar dalam pemanggang ajaib atau oven. Boleh juga gunakan kuali non stick.


IKAN BAKAR LEMAK PANDAN & AIR ASAM




2 ekor ikan ~ di siang dan di cuci bersih
2 helai daun pandan

Ikan yang telah di bersihkan tadi dililit dengan daun pandan dan sematkan daun pandan dengan lidi
Ketepikan

125 ml pati santan
3 ulas bawang putih ~ dikisar
8 ulas bawang merah ~ dikisar
Garam secukup rasa

Panaskan oven terlebih dahulu
Satukan bahan yang dikisar dengan santan dan garam secukup rasa
Lapiskan loyang pembakar dengan daun pisang
Susun ikan atas daun pisang
Tuangkan kuah santan atas ikan dan ratakan di kedua-dua belah
Bakar ikan dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit selama 30 minit atau sehingga ikan masak kuning keemasan
Hidangkan ikan dengan air asam


AIR ASAM HARUM RAMPAI




3 batang cili merah ~ dikisar halus
6 tangkai cili api ~ dikisar halus
Sedikit belacan bakar ~ dikisar
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 biji tomato ~ didadu
1 kuntum bunga kantan ~ dirampai
4 tangkai daun kesum ~ dirampai
250 gm asam jawa ~ diramas bersama 6 sudu besar air tapis dan ambil airnya sahaja
2 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang besar
Tuangkan air asam
masukkan bawang hiris, tomato, bunga kantan dan daun kesum
Gaul rata
Perasakan dengan garam dan gula secukuprasa
Perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.

Kredit: Norazlitaaziz

dari pelbagai sumber

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Terimakasih tips dan infonya,.
    http://bit.ly/2FuAoqX

    BalasPadam
  2. Here's my recipe! http://resepiikanbakar.blogspot.com/
    Do have a look to broaden your knowledge to make the perfect ikan bakar!

    BalasPadam