RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI MEMANG TERBAIK

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI MEMANG TERBAIK
*** RESEPI ***
BAHAN - BAHAN
1ekor ayam
3 senduk cili kering atau ikut kepedasan masing²
3-5biji Bawang besar
5biji Bawang kecil india
3-5 ulas Bawang putih
Kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang & buah pelaga
Halia 2inchi
1tin puree tomato
1kotak kecil santan
2-4sudu makan minyak sapi ( rahsia ke-2 )
3batang serai
3helai daun pandan ( ini rahsia utama ) jgn bagitau org lain ye.. Hihii
2biji buah keras
½ botol sos tomato ( Kimball )
½ botol sos cili ( Kimball )
Gula & garam secukup rasa
Cara- Cara
Goreng ayam separuh masak ( ketepi kan )
Panaskan minyak sapi
Masukkan rempah sekawan

Blanderkan / racik Bawang besar, Bawang kecil, Bawang putih & halia tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan serai & daun pandan.. Tumis lagi sehingga naik bau, masuk kan cili kering tumis hingga pecah minyak & buah keras. Kemudian masuk kan 1tin puree tomato, sos tomato, sos cili & gula garam secukup rasa.. Tumis lagi hingga pecah minyak.. 
Kemudian masuk kan ayam, Gaul sebati hingga masak.. Apabila ayam sudah masak masuk kan santan 1kotak kecil.. Gaul sehingga masak lagi..
Bahan hiasan terpulang boleh lah letak daun sup / cili besar
Selamat mencuba ye sis² semua.. Saya halalkan resepi ini digunapakai 
Kredit resepi kepada Maimunah Binti Zulkifli

Catat Ulasan

0 Ulasan