Nasi Kuning Dan Ayam Bali.Ini Resepinya

Nasi kuning, ayam bali, acar timun & sambal belacan.. Masak awal hari ni.. Ayam bali mkn dgn nasi kuning memang terbaik


Ni resepinya.. selamat mencuba 
Resepi Nasi Kuning
Bahan2
4 cawan beras
*1 labu bwg besar
*3 ulas bwg putih
(bahan bertanda * dihiris halus)
1 inci halia - diketuk
3 helai daun pandan - disimpul
sedikit bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
1 sb majerin
sedikit minyak masak
air secukupnya
garam
pewarna kuning
Cara2
 Panaskan kuali, masukkan majerin dan minyak masak. Goreng bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
 Masukkan bahan yg dihiris, halia, daun pandan dan goreng sehingga layu dan kekuningan. Tutup api.
 Masukkan beras dan air yg secukupnya ke dalam rice cooker. Tuang bhn tumisan tadi.
 Masukkan sedikit garam, pewarna kuning. Masak seperti biasa. Siap.


Resepi Ayam Bali
Bahan2
1/2 ekor ayam
4 batang serai - ketuk
3 tangkai daun kari
*2 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
(bhn bertanda * diblender)
1 senduk kecil cili kisar
kicap manis secukupnya
gula & garam secukup rasa
Cara2
👉 Lumur ayam dgn kunyit & garam. Goreng sehingga masak. Jgn terlalu garing nanti kurang sedap.
👉 Panaskan kuali, masukkan serai dan goreng sehingga keperangan.
👉 Masukkan daun kari. Goreng sehingga sedikit garing.
👉 Masukkan cili kisar, kacau & tunggu sampai pecah minyak.
👉 Lps tu masukkan bahan yg telah dikisar. Gaul sebati & tunggu sehingga pecah minyak.
👉 Masukkan kicap, sampai warna maroon ye.. letak gula garam secukup rasa.
👉 Masukkan ayam goreng tadi dan gaul mesra.
👉 Boleh taburkan bawang yg dihiris bulat dan tomato. Siap. Selamat mencuba ðŸ˜‹
Kredit Resepi : atier syah

Catat Ulasan

1 Ulasan