Sambal Tahun Makanan Tradisi Orang Jawa

Sambal Tahun Makanan Tradisi Orang Jawa

SIAPA PERNAH MAKAN?????? ORG JAWA MESTI PERNAH!!!!
RESEPI SAMBAL TAHUN JAWA DAN SEJARAHNYA!
siapa kat sini pernah makan sambal tahun? angkat tangan cepat....
ada yang panggil sambal tahun, sambal taun, sambal taon.ikutla slang memasing ye.....
sambal tahun merupakan makanan tradisi orang jawa
masakan ini memang sangat pedas hasil daripada cili padi/cili burung yang digunakan jika sekali imbas, seakan-akan masak lemak cili api tapi kuah sambal tahun agak cair.
kebiasaannya, lauk yang digunakan adalah seperti kerang, kulit lembu, perut lembu, pedal ayam, hati ayam, paru lembu ataupun ikan bilis.
makanan ini memang sangat pedas ye....
siapa-siapa yang tak tahan pedas memang rugila tak dapat rasa dan jgn report polis pulak lauk ni pedas.
nak tahu kenapa masakan ni namanya sambal tahun?
ok, mengikut sejarah orang dulu-dulu, masakan ini boleh bertahan agak lama
diibaratkan macam bertahun2, ibarat sahaja yer
kalau makanan yang dah bertahun, mau kena keracunan makanan lak nanti.
maklumlah, orang dulu-dulu mana ada makanan sangat
jadi, kalau tak abis, besok akan dipanaskan semula dan ditambah apa-apa yang kurang.
masakan ini, semakin dipanaskan akan menjadi semakin sebati dan sedap
kombinasi di antara santan dan lengkuas tu memang terbaik
ada jugak mitos yang mengatakan sambal tahun ini hanya dimasak setahun sekali sahaja sewaktu hari raya je.
sebab tu nama dia sambal tahun.

Bahan-bahan (untuk 5 orang makan)
Bahan A:
- 500g kulit lembu yang telah direbus dan dipotong nipis
- 1/2 cawan cili padi kampung
- 2 cawan lengkuas muda dihiris nipis
- 1 keping asam keping
- 3 cawan air
- garam dan serbuk perasa
Bahan B (kisar)
- 1/2 cawan udang kering
- 10 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
Bahan C
- santan pekat dari 1 biji kelapa
Cara-cara:
- Rebus bahan-bahan A dan B sehingga lengkuas lembut.
- Masukkan santan kelapa, kecilkan api, kacau selalu sehigga mendidih.
- Rasa asam garamnya, bolehlah dihidangkan

Catat Ulasan

0 Ulasan