INSPIRASI
masakan negara jiran, Thailand ditampilkan kali ini dan tentunya sekali ia menyelerakan kerana menggunakan bahan-bahan segar.
Hidangan sumbangan seorang guru dari Perlis, Wan Hanim Mohamed Noor ini nampaknya mudah dihidangkan dan pastinya sesuai untuk ibu bekerja atau orang bujang.
Bahan-bahannya:
3 biji telur
Segenggam ikan bilis
3 pokok daun ketumbar
1 biji tomato
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar Holland
2 biji bawang merah
2 batang serai
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang digemari)
3 biji limau kasturi
Perasa - cuka, garam dan gula
*Bagi yang sukakan kekacang, boleh menambahan bahan seperti kacang tanah, kacang botor dan kacang panjang. Juga boleh masukkan bunga kantan untuk menyerikan lagi dan mewangikan kerabu.
Cara-caranya seperti berikut:
Pecahkan telur, dipukul dan dimasak menjadi telur dadar, kemudian hiris nipis.
Bersihkan ikan bilis dan kemudian digoreng rangup.
Daun ketumbar, serai, cili padi dan bawang merah dihiris nipis.
Selain itu, bawang putih dicincang halus, tomato dipotong dadu dan bawang besar Holland dipotong kiub
Limau kasturi diperah dan bagi yang gemarkan kulitnya boleh juga dihiris nipis.
Seterusnya masukkan perasa lain seperti cuka, garam dan gula mengikut rasa kegemaran masing-masing.
Semua bahan diatas dicampur dalam bekas dan digaul sebati.

sumber:Wan Hanim Mohamed Noor
1 Ulasan
Makasih sis, tips dan infonya,.
BalasPadamwww.essenaquatic.com