RAHSIA JADIKAN CILI JERUK Rangup

RAHSIA JADIKAN CILI JERUK Rangup 

Resepi Mudah Buat Jeruk Cili Padi | Saya sangat suka makan pedas . Kalau tak pedas memang tak sedap . Sudah tentulah cili padi ( merah ) jadi pilihan .
Selain itu , cili jeruk juga jadi piihan terutama bila makan mee sup , mee goreng dan sup . Kalau makan di luar , selalunya kedai makan ada disediakan tapi kalau di rumah , kenalah buat sendiri kan .
Khasiat Cili Padi
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Cili padi yang juga dipanggil dengan nama paprika atau pimiento di Hungry dan Sepanyol diketahui memiliki vitamin A,B, dan C kompleks . Selain dari itu , cili padi juga mengandungi protein , karbohidrat serta karotin . Rasa pedas pada cili dinamakan capsaicin yang berfungsi sebagai agen melawan sakit ulser .
Bukan setakat pedas tetapi cili padi juga mengandungi khasiat kepada kesihatan seperti ● membantu dalam
● melancarkan pernafasan
● melawan penyakit ulser
● meningkatkan fungsi pencernaan
● menurunkan berat badan
● menyehatkan jantung
● melancarkan peredaran darah
● anti kanser
● mengelakkan sembelit
Resepi Mudah Buat Jeruk Cili Padi
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Sebelum ni , ada juga buat jeruk cili padi tapi tak tahan lama . Seleps beberapa hari akan berkulat walaupun dok dalam peti sejuk . Cili jeruk berkulat disebabkan cili tak direbus dulu dengan air bercampur cuka . Alhamdulilah , kini dah jumpa cara yang betul buat jeruk cili padi . Tu sebab dikongsikan di sini .
Cara Mudah Buat Jeruk Cili Padi ni cuma perlukan bahan seperti cili padi ( merah ) , cuka , air , gula , garam dan kapur ( jika ada ) . Kalau nak guna cuka epal pun boleh . Nak guna lada besar juga boleh ya . Anda boleh juga hiris - hiris cili padi jika mahu .
1- Rendam cili padi dalam air kapur selama 15 hingga 30 minit . Lepas tu keluarkan dan cuci . Tujuannya supaya cili padi kekal rangup seperti masih segar / tak kecut .
2- Masukkan 1 cawan air ke dalam periuk , masak hingga mendidih .
3- Tutup api , masukkan cili padi . Bila cili padi dah tukar warna / layu , angkat .
4- Masukkan 1/2 cawan cuka , 1/2 gula dan 1/2 sudu kecil garam . Masak hingga mendidih .
5- Biarkan sejuk seketika .
6- Masukkan cili padi ke dalam bekas , lepas itu , tuangkan air yang bercampur cuka tu ya .
7- Simpan dalam peti sejuk semalaman . Esoknya dah boleh makan .

Catat Ulasan

0 Ulasan