NASI LEMAK BUNGA TELANG BERLAUKKAN SAMBAL SOTONG

NASI LEMAK BUNGA TELANG
+ SAMBAL SOTONG sedap !!!


BAHAN2
15-20 kuntum bunga telang - rendam dengan air panas (lebih kurang 1 cawan air)
2 cawan beras Basmathi - rendam 20-30 minit
1/2 cawan santan - nak rasa lagi lemak tambahkan 1/3 cawan lagi
1 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris kasar
2 batang serai - titik
2 helai daun pandan
air secukupnya - tambah air bunga telang tadi
1 sudu besar minyak masak

BAHAN PELENGKAP
ikan bilis - goreng garing
timun - hiris
telur dadar/telur rebus/telur mata
kacang goreng - jika suka

CARANYA
Rendamkan terlebih dahulu bunga telang dengan air panas. Nakkan kaler yang lebih terang tambahkan lagi bunga telang tersebut. Tetapi jangan terlalu banyak nanti rasanya jadi lain dan warnanya akan pekat dan tak cantik.

Jika menggunakan beras basmathi, rendamkan terlebih dahulu selama 20-30 minit. Beras biasa basuh seperti biasa dan tak perlu direndam. Toskan airnya.

Dalam periuk masukkan beras yang telah dibersikan.


Masukkan halia, bawang besar, daun pandan, serai dan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan air bunga telang tadi. Tapiskan dan ambilnya sahaja.
Tambahkan santan dan sukat airnya seperti biasa.

Jika suka boleh tambahkan minyak masak. Tak letak pon takpe.
Kacau sehingga rata dan masak dengan menggunakan rice cooker seperti biasa sehingga masak.
Apabila dah masak kemburkan dengan menggunakan garpu. Siap dan boleh dihidangkan terus.


SAMBAL SOTONG

sumber FB@Mariana Zainal

BAHAN2
1 kg sotong
2 sudu besar membukit gula pasir
1 sudu teh garam
1 pcs asam keeping (nak buh air asam jawa bleh ja)
Sedikit halia (hiris)
1 biji bawang besar (potong bulat)
1/2 cawan air (utk kuah)
3 senduk minyak utk menumis sambal

Bahan kisar
20-25 tangkai cili kering
1 1/2 biji cili besar
5 ulas bawang putih
1/2 sudu teh belacan (sikit jer tau)
(kisar semua bahan ini)

CARANYA
Goreng sekejap sotong utk keringkan air sotong..
Pastu toskan..

Panaskan 3 senduk minyak masak..masukkan sedikit hirisan halia (tujuannya utk bagi cili yg kita tumis nanti cepat garing naik minyak elok) jgn buang pulak yer..terus masukkan bahan kisar..


Masukkan bahan kisar,gula,garam,bahan perasa,asam keping
Tumis hingga betul2 masak dan naik minyak..sampai jadi mcm dlm gambar (kalo x mo merecik merata jgn lupa tutup dengan tudung periuk dan guna api sederhana)
ingatan sekali lagi biar betul2 naik minyak macam dalam gambar..

Dah elok naik minyak..masukkan sotong dan bawang besar..gaul rata..bleh buh air 1/2 cawan utk kuah..
Dah mendidih ganas..bolehlah tutup api
Selamat mencuba♥️
Resepi : QaseyHoney

Catat Ulasan

0 Ulasan