Apam cornetto ..cantik macam aiskrim

Apam cornetto ..cantik macam aiskrim
Ramai yang mintak resepi kan..

Nah, saya bagi kat sini.
~I Share~
SELAMAT MENCUBA 😊
Apam cornetto;

4 biji telur gred A*
1 sudu ovelete*
1 cawan gula halus (saya guna cwn matrik)*
Sedikit Essen vanila*
3 cawan tepung gandum (diayak)
3/4 cawan air aiskrim soda.
Pewarna ikut suka
Coklat masakan (apa2 brand pun tak pela)
Cara²nya:
putar bahan² yang bertanda * sehingga gebu dan likat (speed max lebih kurang 7,8 minit)
🐝 Masukkan tepung gandum berselang seli dengan aiskrim soda. 

🐝 Kemudian bahagikan 3 bahagian dan letak warna kegemaran anda.🐝 Masukkan ke dalam piping bag & paipkan ke dalam acuan kon. Paipkan warna satu persatu. Lebih kurang 3/4 kon sahaja sebab nanti lepas masak apam akan naik. 

🐝 Kemudian kukus dgn api sederhana selama 15 minit hingga 20minit (pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu).🐝 Sementara itu panaskan coklat masak guna kaedah double boil. Kemudian curahkan coklat masakan diatas apam yang telah masak dan taburkan gula warna/kekacang.
Acuannya DIY pembungkus nasi lemak


Susun apam ke dalam lubang2 pengukus begini


kredit resepi Na Lee

Catat Ulasan

0 Ulasan