Resipi Mee Belacan Sarawak,Patut La Sedap,Ini Ramuannya

Resipi Mee Belacan Sarawak,Patut La Sedap,Ini Ramuannya


Ini saya curi-curi tulis tengok masakan bonda. Tiap kali Hari Raya, kami akan jemput rakan-rakan datang beraya ‘open house’.
Mee belacan pasti jadi menu hidangan.


BAHAN-BAHAN
Bihun (sebungkus meehon untuk 5-6 orang)

Bahan-bahan Kuah Mee Belacan:
Bawang Putih (5 ulas)
Bawang Merah (4 ulas)
Bawang Besar (1 ulas)
Udang kering (1 sudu besar)
Belacan (1 sudu besar)
Kepala Udang (dalam 20 kepala)
Cili Padi (4)
Cili Merah (2) * jika mahu pedas boleh tambah cilinya
Pati belacan (brand Knorr)
Pati ayam (brand Knorr)

Isi Mee Belacan:
Bihun (diselur dengan air panas)
Sotong (diselur air panas dan dihiris kecil)
Timun (hiris kecil)
Kacang tanah ditumbuk
Telur padi (rebus dan dibelah dua).

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Kisar Bahan untuk kuah seperti di atas. Tumis hingga naik bau.
2. Di periuk yang berasingan, rebus kepala udang.
3. Air rebusan di tuang ke dalam tumisan. Masukkan 2 sudu besar pati belacan (brand Knorr) dan satu sudu kecil pati ayam (brand Knorr)
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis sedikit.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan tepung jagung untuk tambah kepekatan.
7. Angkat dan hidang bersama isi sotong, timun dan telur padi seperti dalam gambar.
Nak senang, pergi kedai makan sekitar Kuching, order semangkuk Mee Belacan Special. Tak mahal, RM5 je.

Resepi Asal oleh Hafizul Hakim
Kalau dah buat, selfie dan tag saya!

Catat Ulasan

0 Ulasan