Mudahnya Buat Sandwich Tuna Dan Avokado Yang Sedap

Mudahnya Buat Sandwich Tuna Dan Avokado Yang Sedap

Gambar: Shutterstock
Bahan: 
  • Satu per tiga avokado
  • Setengah sudu besar jus lemon
  • 120 g tuna dalam tin
  • Dua keping tomato
  • Salad
  • Satu bawang merah
  • Dua keping roti gandum
  • Garam dan lada hitam, mengikut rasa
  • Minyak zaitun
Cara Menyediakannya:
  1. Dengan menggunakan tangan anda, koyakkan salad menjadi kepingan yang mudah untuk dimakan. Potong bawang kepada kepingan halus.
  2. Sapukan satu sisi setiap kepingan roti dengan minyak zaitun.
  3. Lenyekkan avokadi dengan garfu dan sapukan sama rata pada roti. Letakkan tomato, bawang, tuna dan salad di atas sandwic. Perasakan dengan garam, lada hitam dan jus lemon.
  4. Tutup sandwic dengan sepotong roti yang lain. Balut dalam bungkusan plastik dan bawanya ke mana sahaja anda pergi!
Resipi: Brightside

Catat Ulasan

0 Ulasan