Tom yam putih ala Thai

Tom yam putih a la Thai

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 ekor udang besar
3 ekor sotong
3 batang serai (titik)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 labu bawang besar (dipotong)
4-5 helai daun limau purut
2cm lengkuas
3 biji bawang merah
5 tangkai cili api (diketuk)
1 biji tomato
½ batang lobak merah
Bunga kobis
Perahan jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
1- Bersih ayam dan potong ikut selera.
2- Masukkan lebih kurang 4 mangkuk air, ayam, bawang, lengkuas, cili api dan serai ke dalam periuk, panaskan sehingga mendidih.
3- Kemudian selepas ayam agak masak, masukkan udang, sotong dan daun limau purut yang telah dicarik-carik.
4- Kemudian masukkan tomato, lobak merah dan bunga kobis.
5- Perasakan dengan gula dan garam. Biar hingga mendidih.
6- Masukkan sedikit perahan limau nipis sebelum dihidang.

Catat Ulasan

1 Ulasan