CARA BUAT KULIT KUIH ROPA MUDAH,SENANG DAN SEDAP

CARA BUAT KULIT KUIH ROPA MUDAH,SENANG DAN SEDAP

.⁣
Bahan untuk Kulit:⁣

.⁣
4 cawan tepung gandum⁣
1 biji telur⁣
2 cawan fresh milk@susu kotak ⁣
Air secukupnya⁣
Secubit garam⁣

Caranya⁣
1. Masukkan telur, garam, gandum dan air & susu ke dalam pengisar. Kisar semua sehingga sebati.⁣

2. Keluarkan dan kacau adunan. Pastikan tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sekiranya perlu tambah air sedikit demi sedikit.⁣

3. Sapu sedikit minyak pada kuali (kalau guna non stick pan tak perlu).⁣

4. Panaskan kuali, tuang 1 senduk adunan dan ratakan, buat macam telur dadar. ⁣

INTI⁣
4-6 biji ubi kentang potong memanjang⁣
2 biji bwg holland potong dadu⁣
Daging@ayam kisar saya guna ramly burger. ⁣
1 1/2 paket kecil rempah kurma *8 biji cili api⁣
*3 ulas bawang putih⁣
*1 sudu makan lada hitan⁣
Daun kari & rempah kasar sikit⁣
Bahan bertanda* dikisar atau ditumbuk dicampur dengan rempah jadikan pes.

 ⁣
Cara²⁣
Tumis daun kari rempah kasar bawang holland dalam 1 genggam dah nak bau letak pes rempah. Kacau² dah garing masukkan 1 cawan air dah mendidih masukan daging letak garam gula serbuk perasa maggi. 

Rasa dah ok masukan hirisan ubi kentang. Biarkan mendidih kacau dah nampak kering last masukkan lebihan bawang besar dah layu tutup api. Ok siap sejukkan. .⁣

Kredit: xiyans muhamad⁣
.⁣

Catat Ulasan

0 Ulasan