Resepi Rendang Daging Chef Wan.Menu Istimewa Di Pagi Raya

Resepi Rendang Daging Chef Wan.Menu Istimewa Di Pagi Raya

Menu istimewa yang bakal dikongsi adalah Rendang Daging  Wow…Sedapnya. Tengok cara masak Chef Wan sahaja dah tahu betapa enaknya sajian yang dikongsi hari ini.  Bolehlah cuba masak untuk disajikan di pagi raya nanti.





Nak cuba masak kedua hidangan ini untuk keluarga tercinta? Jom lihat resipi dan bahan-bahan yang diperlukan.

1. RENDANG DAGING


BAHAN-BAHAN:

125 ml minyak sayuran
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk jintan kasar

2 sudu makan serbuk jintan halus
2 sudu makan lada hitam kisar
2 batang serai (diketuk)

2 helai daun limau purut
1 kg santan diperah daripada 1 pati biji kelapa parut dengan 1 liter (4 cawan) air
6 sudu makan gula
8 sudu makan kerisik
1 helai daun kunyit (hiris halus)

Garam
Air
Minyak
Cili kisar
Asam keping


BAHAN KISAR:

15 biji bawang merah kecil / besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1⁄2 inci kunyit hidup


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak

2. Masukkan bahan kisar

3. Masukkan cili

4. Masukkan 4 jenis rempah (lada hitam, ketumbar, jintan kasar & jintan halus)

5. Setelah rempah sudah garing, masukkan daging. Kemudian, gaul sehingga rata

6. Masukkan asam keping dan santan

7. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul sehingga rata.

8. Setelah kuah pekat dan daging mulai empuk, masukkan kerisik.

9. Masukkan garam dan gula.

10. Sedia untuk dihidang

sumber:Majalah RASA


Catat Ulasan

0 Ulasan