Kek Coklat Versi Lava, Sekali rasa terus jatuh cinta

Kek Coklat Versi Lava, Sekali rasa terus jatuh cinta



Sekali rasa terus jatuh cinta... Memang umppphhh
Korang rasa lah sendiri..
Kek Coklat Versi Lava
Bahan untuk kek
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan koko
1 cawan gula halus ( kurangkan jika tak nak manis)
1 cawan minyak masak @ minyak jagung

Semua bahan ini masak atas api hingga sebati.
Tutup api. Masukkan

4 biji telur( di pukul kembang)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 penutup esen vanilla.

Kacau sebati. Tuang dlm acuan yg ada lubang ditengah sbb nak buat lava nya nanti. Kukus 45 minit atau hingga masak. Sejukkan.

Resipi Ganache Coklat Lava 
300g dark choc
175 gram whipping cream
98 g susu cair

Caranya
Masak secara double boiler
Kacau guna whisk..dah elok cair dan sebati tutup api..
Biarkan betul2 sejuk, baru guna.
Selamat Mencuba😉
Kredit resepi ini kpd nana ereena

No comments