Resepi PAD KRA PAO Untuk Berbuka Puasa

Hari ni aku masak Pad Kra Pao untuk berbuka. Ia masakan Thai yang mudah disediakan tapi sedap. Orang bujang pemalas pun pasti boleh masak, apatah lagi kau orang. Nah, ni resepinya!
PAD KRA PAO


Bahan-bahan:
2 sudu minyak
5-10 tangkai cili padi
4 biji bawang kecil dibelah empat
4 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu sos ikan
10 helai daun selasih
200gm ayam/daging cincang
Garam dan gula secukup rasa
sedikit daun ketumbar untuk hiasan.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Dalam frying pan pun boleh. Kalau dah sengkek sangat, dalam periuk pun jadi. Rice cooker pun boleh. Belasah je.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga layu dan naik bau yang menyelerakan. Auum!
3. Masukkan daging/ayam dan goreng sehingga separa empuk. Api kena besar, kalau tidak dia tak tergoreng.
4. Tuang semua sos tadi dan gaul rata. Kalau tak ada sos ikan, pakai budu pun boleh kot. Hentam sajalah. Gaul sampai daging masak.
5. Campak daun selasih. Kalau tak ada, pakai daun kemangi. Tak kenal kemangi? Daun ketumbar pun boleh.
6. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. Kalau kau ada darah tinggi dan kencing manis, skip langkah ini. Takut melambung tekanan darah dan bacaan gula dalam darah nanti.
Siap!
Pindahkan ke pinggan. Hias dengan daun ketumbar. Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan nasi putih dan telur mata lembu!
OK jom bedal!
Kamarul Ariffin Nor Sadan

No comments