NASI MANDY KAMBING
Bahan-bahan:
400gm beras basmathi
1 sdb rempah serbuk mandy
Rempah tumis - sedikit bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, buah limau kering dan bunga cengkih
1 1/2kg kambing - daging dan tulang
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
3 sdb minyak sapi
Garam secukup rasa
Cara masak kambing:
1. Rebus kambing sehingga betul-betul empuk tanpa garam.
2. Asingkan daging kambing ke dalam bekas yang lain. Ketepikan.
3. Saya masukkan 1 biji sudu steel semasa merebus untuk mengempukkan daging dengan cepat. Sebelum tu potongan kambing tu saya basuh dan perap dengan tepung yang dicampur dengan sedikit air untuk menghilangkan bau hamis kambing, lepas tu toskan.
Cara masak nasi mandy:
1. Rendam beras 20 minit atau lebih dan toskan.
2. Tumis rempah tumis, hirisan bawang besar dan bawang putih. Apabila bawang garing masukkan rempah serbuk, tumis sebentar dengan api kecil. Tutup api.
3. Campurkan tumisan rempah tadi dan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
4. Letakkan 2 sudu kecil pewarna kuning, 2 sudu kecil garam dan 2 biji cili hijiau. Saya skip pewarna tapi gantikan dengan saffron.
5. Masukkan 600ml air rebusan beserta daging ke dalam periuk.
6. Tanak dalam rice cooker sehingga masak. Saya tumis rempah ratus direct dalam periuk nasi tapi menggunakan api dapur, kemudian baru diletakkan dalam rice cooker dan teruskan proses memasak nasi.
Bahan sos harrah:
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
Daun ketumbar
Garam secukup rasa
Cara:
1. Kisar semua bahan tanpa air.
2. Sedia untuk dihidangkan.
Bahan salad arab:
2 biji tomato - dipotong dadu
1 batang timun - dipotong dadu
1 biji bawang besar
Daun ketumbar
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
Cara:
1. Campurkan semua bahan dan gaul rata.

4 Ulasan
nyum.memang saya suka makan kambing.(^_^)
BalasPadamsaya lak x boleh mkn kambing..nanti kepala pening
Padamsedap tu, tq kerana share resipi ini.inginmencuba insyaallah
BalasPadamwah..x sabar nak tgk..bila nak masak tu
Padam