RESEPI BENDI GORENG TUMIS BELACAN DENGAN UDANG
Resepi ini sesuai dimakan ketika lunch bersama nasi putih panas-panas.
Kegemaran bagi Yang mengemari sambal belacan,udang,dan Bendi.makan dengan nasi atau meratah begitu sahaja Tanpa disedari ianya habis sekelip Mata.siap sayur untuk makan malam
P/s : Cara untuk bendi tidak berlendir , Cuci dan toskan bendi , kemudian barulah dipotong
Bahan-bahan
Bendi
Udang
Serbuk belacan 1 sudu besar
Serbuk perasa 1 sudu kecil
Serbuk kunyit ½ sudu kecil
Minyak masak secukupnya
Bawang putih 4 ulas ✨
Bawang merah 1 biji ✨
Cili padi merah 4 biji✨
Cili merah 1 Biji✨
Tomato 1 biji✨
*Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda ✨
Cara Masak
1. Panaskan minyak , masukkan bahan yang telah dikisar tadi , masak sehingga pecah minyak .
2. Kemudian masukkan udang dan masakkan ia seketika .
3. Masukkan serbuk belacan , serbuk perasa dan serbuk kunyit kemudian gaulkan .
4. Masukkan bendi , goreng dan gaulkan sehingga sebati . ( 3 minit )
5. Angkat dan siap untuk dihidang .
kredit: nurul ateekah
0 Ulasan