Nasi briani kambing ADABI.Resepi Kita Citarasa Ramai
Nasi beriani pula kali ini
Kari telur,jelatah serta papadom.
Lama dah cari kari kambing ADABI dalam tin ni..
Susah betul jumpa...
Resepinya mudah je
Bahan-
3 cup beras basmathi(rendam sekejap)
5 ulas bawang kecil( dihiris)*
2 ulas bawang putih (di hiris)*
1/2 inci halia (dihiris)*
4 sekawan (bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis,pelaga)
2 helai daun pandan(di simpul)
Daun ketumbar( hiris utk tabur atas nasi)
Bawang goreng(untuk tabur atas nasi)
3 sudu rempah bryani ADABI
3 tin lamb curry ADABI-kambing
garam dan maggi secukup rasa
Cara-
Panas sedikit butter@ minyak
Masukkan rempah tumis empat sekawan.
Masukkan bahan bertanda* dan tumis sampai naik bau.masukkan daun pandan serta rempah bryani yang telah di campur sedikit air..biar kan rempah sebati dan mesra dengan bahan2 tumis tadi.
Masukkan 3 tin lamb curry adabi, buang minyak yang bertakung dalam tin, ambil isi dan kuah sahaja.
Masukkan garam atau maggi secukup rasa
Masukkan air ikut sukatan beras.kalau nk letak susu cair silakan.ikut citarasa sendiri.
Kacau sebati..biar kan mengelegak,baru masukkan beras.kemudian tuang.. masukkan ke dlm rice cooker utk masak sekata.
Bila nasi dah masak tabur daun ketumbar( jika suka )dan bawang goreng.
Boleh lah di gandingkan dengan lauk sampingan.
Jelatah
Bhn-
Nenas
Timun
Carrot
Bawang besar
Garam,gula,cuka makan,sedikit air
Kacang tumbuk
Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim
0 Ulasan