Resepi Bekang Kuah Lemak Manis Untuk Hi Tea
Hi Tea ini sangat digemari di negeri Pantai Timur iaitu negeri Terenganu
Bekang Kuah Manis dan Lemak
Sokmo2 buat resepi bertimbang, kali ni ambe buat resepi bersukat... ambe try hok ni...(resepi dlm group ni jugak tapi ambe dok ingat doh tuannya)..mintak tuan dia halalkan
Tested n proven.... kawan2 blh cuba try test buat...senang meseh
Bengkang:
3 cawan tepung beras
2 cawan air sejuk
2 cawan air panas
2 biji telur
Sedikit garam
Cara membuatnya:-
1. Campurkan tepung beras dengan air sejuk dan air panas.
2. Masukkan telur serta sedikit garam dan kacau sebati.
3. Masak di dalam bekas seperti takoyaki atau kuih cara di atas dapur gas. Kaedah memasak seperti kuih cara. Dah masak boleh lah diangkat.
Kuah Manis
Bahan-bahannya:
3 cawan santan
3 sudu besar tepung beras
3/4 nisan Terengganu saiz besar
Sedikit garam
Daun pandan
Cara-caranya:-
Campur semua bahan di atas dan masak sehingga pekat.
Kuah Lemak
Bahan-bahannya:-
3 cawan santan
3 sudu besar tepung beras
2 ekor ikan Selayang/kembung dikukus dan isi ditumbuk halus.
1 biji bawang merah kecil dihiris halus
1/2 inci halia dihiris halus
1/2 sudu kecil halba
Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
Campurkan semua bahan di atas dan masak sehingga kuah pekat
0 Ulasan