RESEPI MUDAH PAIS IKAN KEMBUNG UNTUK BERBUKA

 RESEPI MUDAH PAIS IKAN KEMBUNG UNTUK BERBUKA


RESEPI MUDAH  PAIS IKAN KEMBUNG UNTUK BERBUKA

Bukan sahaja dihari-hari biasa pais ikan kembung ini juga amat popular bila tiba bulan Ramadhan.

Bahan

3 ekor ikan kembung

4 tangkai lada besar merah

3 ulas bawang merah

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

halia dan kunyit hidup

3 batang serai

3 sudu santan kotak

Sedikit air asam jawa

Garam secukupnya

3 helai daun limau purut hiris halus

sedikit serbuk lada


Cara

kisar kesemua bahan.

gaulkan bahan-bahan tadi bersama air asam jawa dan garam,letak sedikit pati ayam.

masukkan ikan kembung dan gaul sebati.

sediakan daun pisang,susun ikan dan bungkus,pin kan kiri dan kanan menggunakan lidi.

panggang atas api sehingga masak.

sumber:Cik Cikputeh Puteh


Catat Ulasan

0 Ulasan