Resepi Kuih Talam Keladi Berlauk.Sesuai Untuk Minum Petang
Tiba2 teringat nak buat Talam Keladi Berlauk .Last pernah buat masa sekolah dulu utk matapelajaran Sains RumahTangga.
Itupun ingat2 lupa resepi.Terpaksa google resepi dan campur aduk ikut kesesuaian selera saya.Ini menu saya untuk petang ni
Talam Keladi Berlauk
Bahan2nya:
Untuk talam keladi
1 cawan tepung beras
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
1 kotak kecil santan
250 ml air
250-300 gm keladi potong dadu dan kukus
garam
Campurkan tepung beras ,tepung gandum , tepung jagung dan garam
Masukkan air dan santan.
Masukkan keladi dan gaulkan.
Masukkan kedalam periuk atas api yang perlahan ,kacau hingga agak2 likat
Masukkan kedalam loyang yang disapu minyak dan kukus selama 30 minit atau hingga masak
Bahan2 Inti
200 gm daging kisar
100 gm udang kering
2 labu bwg merah
2 ulas bwg putih-tumbuk halus
cili padi
cili merah
daun bawang
daun sup
bawang goreng
1 sudu makan rempah kari daging
garam
Bawang merah +bwg putih potong dadu
Hiris cili padi ,cili merah ,daun bwg dan daun sup
Tumis bwg merah+bwg putih+cili padi
Masukkan udang kering..tumis hingga wangi
Masukkan rempah daging dan daging kisar dan perasan garam
Masukkan sedikit daun bwg +daun sup
Tinggalkan separuh untuk hiasan
Apabila kering tumisan daging ,boleh lah diletakkan diatas talam keladi yg sedah masak.
Kukus lagi selama 5 minit
Bila sudah masak keluarkan dari kukusan dan taburkan daun sup+daun bawang ,cili merah dan bwg goreng.
Bila sejuk ,bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Selamat mencuba
sumber:Norhayati Mohd Yusoh
0 Ulasan