Lauk Berasaskan Ikan...Masak Tauchu Ikan Kerisi

 Lauk Berasaskan Ikan...Masak Tauchu Ikan Kerisi 


Ikan adalah sumber protin yang baik untuk kesihatan.Hari ini kita masak lauk pauk dari ikan pula ye.

Bahan bahan

2 keping ikan kerisi

2  sb tauchu

1  biji bawang besar - hiris

2 ulas bawang putih - hiris 

4  biji cili merah - hiris 

1 inci halia - hiris

1 sk pes asam jawa

1  cawan air

3 biji cili padi 

Garam dan gula secukup rasa

Cara cara:

Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan.

Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi.

Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula.

Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air


sumber:Resepi Masakan

Catat Ulasan

0 Ulasan